Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Tak seharusnya kita terpisah,
tak seharusnya kita bergaduh,
kerana diri ini masih memerlukan mu,
maafkanlah sikapku,
lupakanlah salahku,
Terlalu bodoh dan lemah untuk diriku,
menahan berat jutaan perasaan rindu,
apa lagi untuk menahan ego ku ini.
Maafkanlah sikapku,
lupakanlah salahku,
luahkan semua kepadaku.
Takkan aku biarkan kau menangis,
takkan aku biarkan kau terhiris,
terluka perasaan kau oleh semua kata kata aku.
Maafkanlah semua sifat kasarku,
bukan maksud aku untuk melukaimu.
Aku hanyalah manusia yang penuh rasa cemburu,
dan mempunyai ego setinggi langit.
Aku rindu kau bila kau tiada di samping aku.
The Typewriter:
Rudy Ramly