Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Telah begitu lama,
aku telah keluar dari kepompongku bersama kau,
dulu aku berasa keseorangan,
rasa seperti tiada apa yang benar.
Kau membawa aku ke suatu tempat,
suatu tempat dimana perasaan aku telah hilang,
yang tinggal hanya perasaan sayang,
perasaan sayang terhadap kau seorang.
Merangkak,
berjalan,
berlari,
mendaki,
semuanya kita lakukan bersama,
lakukannya untuk sampai ketempat itu.
Capai tanganku,
mari mulakannya semula,
genggam erat tanganku,
jangan lepaskan,
mari tempuhinya bersama.
Biarkan apa orang lain kata,
mereka tidak tahu bagaimana rasanya,
rasa perasaan ini,
perasaan sayang dan bahagia.
Aku tahu kita terpaksa mengejarnya tetapi kita berada di luar masa,
kita terpaksa laluinya bersama,
kau jadikan daku bebas,
bebas melakukan apa saja.
Marilah,
Ayuhlah,
Jomlah,
Ke tempat itu semula,
tempat dimana aku berasa bahagia,
tempat dimana aku cuma hanya ada perasaan sayang,
perasaan sayang terhadap kau seorang,
Marilah,
Ayuhlah,
Jomlah,
kita laluinya bersama semula,
kita bina kembali saat-saat itu bersama.
Aku mahu kembali ketempat itu,
aku mahu merasakan perasaan itu,
perasaan bahagia,
perasaan bebas,
perasaan sayang terhadap engkau seorang.
Aku tahu ianya sudah terlambat,
tapi tidak salahkan jika kita mulakannya semula,
kembali laluinya bersama,
mulakan semuanya dari awal,
dari A ke Z.
Marilah,
Ayuhlah,
Jomlah.
Lekas!
The Typewriter:
RudyRamly
No comments:
Post a Comment