'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Tolonglah diam :(

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


Entri kali ini lain dari yang lain bagi aku, kerana buat kali pertamanya aku kongsikan sebuah sajak. Sebuah sajak karya Zahiril Adzim yang aku baca dalam buku Bogel Menuju Tuhan. Sajak ini aku tujukan khas buat Domo. siapa itu? tanda tanya terlintas disetiap kepala otak para pembaca yang baru saja mengikuti blog aku ini dan mungkin diantara kalian sudah tahu siapa itu Domo. okay buat yang taktahu, biar aku terangkan serba sedikit perihal tentang Domo, dia seorang gadis yang comel berumur belasan tahun yang pernah aku sayangi suatu ketika dulu, diulangi SUATU KETIKA DULU. Kini hubungan aku dengan dia tidak lebih dari kawan dan mungkin perasaan cinta dan sayang yang pernah terbentuk dalam hati kitorang masing-masing telah pun terhakis. okay cukup, aku berharap korang boleh hayati sajak dibawah ini :D

WOI, DIAM SAJALAH YA?(tajuk)

Woi, diamlah kau diri,
soal cinta jangan ditanya lagi, 
buat pedih kita sendiri!

Woi, diamlah kau mata, 
jangan lagi kau tengok dia, 
dia bukan lagi milik kita!

Woi, diamlah kau telinga,
jangan dengar namanya juga, 
kita juga akan merana!

Woi, diamlah kau mulut, 
jangan lagi disebut-sebut, 
memang dia seorang pembelot!

Woi, diamlah kau hidung, 
baunya saja buat kita termenung, 
kita juga akan meraung!

Woi, diamlah kau tangan, 
jangan terbayang jarinya yang ringan, 
itukan cuma kenangan!

Woi, diamlah kau kaki, 
jangan melangkah kesana lagi, 
kita tak mahu diseksa lagi!

Woi, diamlah kau hati, 
tenang sajalah seorang diri, 
sedang kau dizalimi!

Woi, diamlah diamlah diamlah, 
jangan meronta, 
jangan meraung, 
jangan termenung, 
jangan melalak, 
jangan teriak.

Woi, diamlah! 
aku mahu tidur, 
aku mahu makan, 
aku mahu kerja, 
aku mahu berjalan, 
tenang sajalah ya?

Woi, diamlah! 
aku mahu mandi, 
aku mahu telanjang,
aku mahu kencing, 
aku mahu berak.

Woi, diamlah! 
aku mahu berkarya, 
aku mahu membaca, 
aku mahu menonton, 
aku mahu berfikir.

Woi, diamlah diamlah diamlah!
Diamlah kaki,
Diamlah tangan,
Diamlah mata,
Diamlah hidung,
Diamlah telinga,
Diamlah mulut,
Diamlah hati,
Diamlah diri.

Woi, diamlah kau jiwa, 
jangan pernah putus asa, 
ini semua takda apa-apa, 
aku tahu ini kali kedua, 
tapi buat kita lebih dewasa, 
pedulikan dia yang tergila-gila, 
dia pun tak tahu dirinya siapa, 
untuk apa kita tunggu dia, 
dia bukan lagi kita punya!

Woi, 
Woi, 
Woi, diamlah...
tenang sajalah ya? 
yang lain pasti ada.  
Karya : Zahiril Adzim

bagi aku sajak ini cukup hebat! sekian sampai disini saja entri kali ini. ohh yaaa! sebelum tu, aku nak tambah sikit sajak ini :D baca dibawah ini.

Woi, diamlah kau jasad dan roh,
barang yang lepas jangan dikenang,
kini kau sudah mempunyai pengganti!

The Typewriter :
Rudy Ramly