'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Apa semua ni?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Aku duduk menghadap monitor,
Sedang menyemak akaun Twiitter dan Facebook aku,
Jari jemari aku ligat menari di atas papan kekunci,
Kadang kala jari jemari ku berhenti menari seketika,
Berhenti untuk melakukan perkara lain,
Iaitu memetik pemetik api untuk membakar sebatang rokok.

Sedut, hembus, sedut, hembus,
Sepam, dua pam, tiga pam,
Sebatang, dua batang, tiga batang,
Diulangi perkara yang sama berulang kali,
Sehingga hampir habis rokok sekotak.

Ye, aku boleh dikatakan perokok tegar,
Kenapa?
Ada yang benci aku kan?
Takpa, bencilah, aku tak kisah,
Aku pun benci diri aku sendiri,
Bukan aku tak cuba untuk berhenti,
Aku dah cuba tapi gagal.

Sedang aku kusyuk menyemak akaun Twitter dan Facebook,
Sesuatu terlintas difikiran aku,
Aku tertanya kenapa semua ini jadi kat aku,
Kenapa aku macam ini,
Kenapa nasib aku begini,
Kenapa? kenapa? kenapa? dan kenapa?

Hati aku berkata,
Ini semua suratan takdir,
Mahu tak mahu aku kena lalui semua ini,
Kadang kala aku terfikir,
Buat apa aku fikirkan pasal orang yang tak ada perasaan sayang kat aku,
Baik aku fikirkan orang yang sayang kan aku,

Ahhhhh!
Sudahlah tu,
Buat masa sekarang cinta tak penting untuk aku,
Pelajaran dan Keluarga aku lagi penting.
Persetankan soalan cinta,
Jodoh ditangan yang maha agung Allah S.W.T.

The Typewriter :
Rudy Ramly

AIR MATA ANAK ADAM

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Korang pernah tengok anak adam mengalirkan air mata tak? sebenarnya susah untuk kaum adam mengalirkan air matanya, tak macho rasanya jika melihat air mata kaum adam mengalir.

Tapi kini air mata aku mengalir deras seperti air di sungai kelang, air mata aku mengalir bersebab, air mata aku mengalir kerana  3 sebab.

Pertama, air mata aku megalir kerana aku terdengar takbir raya, tiap kali aku terdengar takbir raya, secara automatiknya air mata aku mengalir, hati aku rasa tenang, aku tak tahu kenapa. mungkin korang semua pun rasa apa yang aku rasa betul tak?

Kedua, air mata aku mengalir kerana aku rasa aku telah melukakan hati seseorang yang pernah aku sayang, semuanya kerana entri aku yang sebelum ini. maafkan saya, saya tak ada niat nak lukakanhati awak, dulu awak yang cakap, awak dah tak sayang saya tapi kenapa sekarang awak seperti inginkan kita bersama kembali seperti dulu, kenapa awak? takpa, awak focuslah dekat pelajaran awak,lagi 9 hari je nak SPM, good luck tau awak, saya tahu awak boleh (Y) maafkan saya sekali lagi sebab dah lukakan hati awak, saya takda niat :)

Ketiga, ini sebab yang terakhir kenapa air mata aku mengalir, aku rasa seperti hati aku kena tikam dengan benda yang paling tajam kat dunia ni, aku rasa macam erghh.. hanya tuhan je tahu macam mana perasaan aku, sebab ketiga ni berkaitan juga dengan entri aku yang sebelum ini. kepada orang yang telah lukakan hati aku ni, aku hanya mampu kata, semoga bahagia dan terima kasih untuk segala-galanya :) halalkan makan minum aku.

Sepatutnya aku gembira sebab esok raya tapi sekarang mood ray pun sudah terbang pergi tinggalkan aku, walaupun mood raya aku dah terbang tinggi kelangit meninggalkan aku, aku tetap ingin ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua yang baca blog aku ni :)


The Typewriter :
Rudy Ramly