'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Hoi Manusia!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hoi Manusia! 
Yang aku tidak tahu nama, 
Mana asal usul, bahkan latar belakang kau pun aku tidak tahu.
Kau ni siapa ha? 
Dari mana kau tahu hampir kesemua tentang diri aku. Seram niiii !

Hoi Manusia!
Kau ni siapa, apa nama kau?
Susah sangat ke kau nak berterus terang,
Aku tak makan oranglah.

Hoi Manusia!
Kau misscalled aku berkali-kali,
Kau messages aku berkali-kali,
Kau tak rasa membazir ke?
Bazir masa kau je tahu tak?
Aku tak suka bazirkan masa nak layan orang macam kau ni!
Banyak lagi kerja yang lebih berfaedah aku kena buat.
Kau tahukan masa itu emas.

Hoi Manusia!
Bukan aku sombong,
Aku cuma tak suka dengan cara kau itu!
Kalau kau rakan yang aku kenal.
Kenapa kau perlu sorokkan identiti kau itu,
Mengapa?

Hoi Manusia!
Maaf jika aku berkasar,
Aku tak suka cara kau itu!
Maaf jika kau tersinggung,
Aku takda niat.
Maaf, maaf, maaf, maaf dan maaf,
Bukan aku sombong,
Aku cuma tak suka,
Aku benci cara kau itu!

Hoi Manusia!
Ergghhhh! Argggghhhh!
Buang masa aku saja memikirkan siapa kau?
Jika mahu berkawan gunakan cara yang betul,
Tunjukkan identiti kau itu,
Bukan begini caranya.

Kepada tuan empunya nombor ini,
01229***34, 
Tunjukkan identiti sebenar kau!

P/S : aku dengan si dia sudah kembali bersama :3
The Typewriter :
Rudy Ramly

Apa Masalah ni

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Aku bukan orang kaya,
Yang punya harta setinggi gunung.
Aku bawak kapcai,
Kau bawak kereta import.

Aku takda geng,
Tapi aku ada sahabat.
Aku tak kuat,
Tapi aku tak lemah macam kau.

Aku bukan gangster,
Kau Taiko besar.
Aku bukan kaki pukul,
Kau kaki botol.

Aku takda duit berkepuk macam kau,
Aku tak famous macam kau,
Aku tak kacak macam kau,
Tapi aku tak tinggi dan aku tak pendek,

Aku tahu kau tinggi, segala-galanya tentang kau tinggi, harta, ego,
semuanya lah tinggi.

Aku belajar tak tinggi,
Kau belajar kat oversea,
tapi fikiran aku tak cetek macam kau,
Aku bergaya timur, kau bergaya barat.
speaking aku berterabur, speaking kau lancar.

Apa masalah aku ni?
Masalah aku ialah kau,
Ya! 
Engkau!
Aku ada masalah dengan budak melayu,
berbahasa English yang malu dengan bahasa Malaysia ,
macam kau, ya! engkau yang aku maksudkan.

Bahasa menunjukkan bangsa,
kau malu, segan dengan bahasa tempat kelahiran kau,
okay kau boleh mati,
kau boleh nyah dari tanah melayu.

P/s : apa yang aku merapu ni?
10 September 2011
3:30 a.m
Ditengah-tengah ruang petak tilam

The Typewriter :
Rudy Ramly