'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Kerananya Aku Mandul

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Baca dan fahami catatan dari Fikri Harun ini.

"Hakikatnya aku mandul. Aku punya segala kelengkapan berkebun. 
Cuma benihku tidak sesubur benihmu." - Fikri Harun -

29  Jun 2011, 7:09 pagi
Tandas 14-68-1A Seksyen 15
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Sunyi, sepi, tenang. Damai sekali suasana ketika ini. Terdetik hati untuk menghadap Illahi setelah sekian lama. Rindu benar rasanya. Mengapa rasa ini singgah hanya sementara dan sekali dua saja? Sedangkan aku lebih dulu mengenalNya darimu?
                 
             Bila pertama kali kau membaca kalamNya? Bila pertama kali kau khatam dan berapa kali sudah? Aku yakin kau kalah dengan ku untuk kedua-dua soalan ini. Tapi kalau kau ajukan bila terakhir kali aku membacanya, aku pasti gagal menjawabnya. Sudah terlalu lama, masakan aku mampu mengingatnya.

             Anugerah Khas Kecemerlangan Fardhu Ain yang diujudkan khusus untukku kerana kecemerlangan luar biasaku di KAFA seolah tidak punya makna melainkan nilai sentimentalnya kerana akulah penerima pertamanya. Hadiah buku-buku ugama, Quran dan sejadah untuk kemenangan bacaan jawi, tilawah, tahfiz, nasyid dan sebagainya juga tiada apa erti buatku selain hanya menambah koleksi peribadi sedia ada.

            Kau ada? Aku ada. Kau mahu? Ambillah. Aku boleh wariskan kau segala anugerah milikku. Kerana ayah telah mewariskan segala kebolehannya kepadaku tanpa yuran. Tapi tidak yang satu itu. Kerana yang satu itulah aku tewas dalam menang. Kerana yang satu itulah aku mandul. Kerana iman itulah! Kerana iman tak dapat diwarisi, walau dari seorang ayah yang bertakwa sekalipun.

            Habis segala kitab rumi dan jawi ayah kutelaah berkali-kali. Segala jenis tafsir kubaca untuk hanya memahami kalamNya. Aku faham. Dan aku tahu. Bahkan aku jadikan rujukan permasalahan ugama dikalangan teman. Tapi hakikatnya aku mandul. Aku punya segala kelengkapan berkebun. Cuma benihku tidak sesubur benihmu. Masakan mampu aku makmurkan tanah kecil berparit di tengah milikmu itu.

           Apa ada ubatkah untuk kemandulan ini? Berapa saja aku sanggup membayarnya. Asalkan saja aku bisa jadi lelaki sejati. Lelaki yang menghilang lima kali sehari. Lelaki yang berdiri di lewat malam. Lelaki yang hanya takut pada Tuhannya. Emak, ayah, adik, abang, berikan aku ubatnya. Atau Tuhan, ubat aku hambamu........

The Typewriter:
RudyRamly