'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

People Who Inspire Me

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Entri kali ini aku ingin berkongsi tentang orang yang telah memberi inspirasi dalam hidup aku, mereka semua ini serba sedikit  telah mendorong aku untuk mencapai matlamat aku dalam hidup. Mereka-mereka ini telah menunjukkan bahawa komitmen, tindakan, kebijaksanaan dan dedikasi boleh membantu aku untuk mencapai apa-apa saja matlamat yang aku mahu dalam hidup.

Zahiril Adzim

Setelah aku habis membaca karya pertamanya yang berjudul Bogel Menuju Tuhan, telah membuatkan aku berfikir kekayaan, keangkuhan tidak akan membawa kita kemana-mana. Aku berharap aku mempunyai pemikiran yang serupa, sebijik, sebijon macam dia. Terima Kasih Bro, Karya kau telah menyedarkan aku apa erti hidup, apa yang perlu dikejarkan dalam hidup. apa yang perlu dan tidak perlu dalam hidup. Karya kau cukup syiokk. Thumbs up! (Y)

Qi Razali

Setelah aku mengikuti drama Blogger Boy dia, aku telah tergerak hati ingin active dalam blog ni. Aku banyak mengikuti perkembangannya di Twitter. kihkihkih. Dia ni style habisss. Aku suka gaya dia, cara dia berkomunikasi, yang paling penting tu ha rambut dia, awesome doh, hahaha aku nak buat gaya rambut mcm dia boleh? memang taklah kan :P buah hati kepada Yuna ni memang cool doh! aku tak tahu mcm mana diorang boleh bercinta dalam jarak yang amat jauh Malaysia-US tu, aku ni pun yang bercinta jarak KL-Kajang pun mcm susah sikit. bro ajar sikit lah mcm mana nak bagi komitmen :D

Adam Gallagher

Kepada para gadis-gadis yang omey-omey belaka tipulah kalau korang tak kenal dia. hehe Dia ni? ermm aku tak berapa kenal sangat, Dia ni bagi aku inspirasi dlam fashion je. kahkahkah, aku tahu aku tak sekacak dia or sesiapa je yang bagi korang handsome tapi tak salahkan kalau aku nak bergaya juga :D Aku pun nak kelihatan menarik dan kemas. winkwink :P

The Typewriter :
Rudy Ramly

Ainan Tasneem (o.o)v

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Entri kali ini mengisahkan cerita tentang seorang gadis yang berbakat besar yang diberi nama Ainan Tasneem Binti Ridzuan. Dia yang akan berumur 19tahun pada 4 November ini amat popular di youtube, Dia ni lebih kurang mcm Najwa Latiff juga lah. Suaranya yang merdu boleh membuatkan semua jejaka jejaka di Malaysia ini jatuh hati padanya. termasuk aku sekali lah. hahahaha

ha ni lah Ainan Tasneem Binti Ridzuan. Ainan Tasneem ni baru saja berumur 19 tahun dan tinggal di Bukit Jalil. Kini dia sedang menyambung pelajarannya dalam bidang Bachelor of Engineering (Hons) in Bioprocess at Universiti Malaysia PerlisDia mula dikenali di Youtube seperti Najwa Latiff dan mempunyai single yang bertajuk Aku Suka Dia. Bagi aku semua cover yang dia buat memag best (Y)
okay dia ni mmg berbakat dalam bidang nyanyian dan bermain gitar tetapi dia ni tak berminat untuk menjadi artis bagi dia menyanyi hanya untuk mengisi masa lapangnya sahaja. Ramai yang membandingkan dia dengan Najwa Latiff tapi bagi aku mereka berdua mempunyai bakat masing-masing. okay itu saja yang aku tahu, if korang nak tahu dgn lebih lanjut pasal Ainan Tasneem and nak tengok video cover terbaru dia korang boleh pergi ke :-


Akhir sekali aku ingin berkongsi video 'Aku Suka Dia' dengan korang :D

The Typewriter :
Rudy Ramly

Jeritan Batinku

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

*not mine

hari ini hari ke-8 kita umat islam berpuasa pada tahun ini dan hari ini juga aku, kaki aku, tangan aku, mata aku, hidung aku, telinga aku, mulut aku, hati aku, diri aku, tubuh aku dan jasad aku terasa ingin saja menjerit, melalak, memekik, berteriak mengatakan aku sangat rindu, rindu pada si dia. aku tak dapat menahan semua itu tapi malangnya aku tak terdaya kerana aku lemah. arghh! aku teringin sangat menjerit sehingga dia yang nun jauh disana terdengar jeritan aku!

P/S : malam tadi buat kali pertamanya aku makan budu! Awesome!
The Typewriter :
Rudy Ramly

Tolonglah diam :(

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


Entri kali ini lain dari yang lain bagi aku, kerana buat kali pertamanya aku kongsikan sebuah sajak. Sebuah sajak karya Zahiril Adzim yang aku baca dalam buku Bogel Menuju Tuhan. Sajak ini aku tujukan khas buat Domo. siapa itu? tanda tanya terlintas disetiap kepala otak para pembaca yang baru saja mengikuti blog aku ini dan mungkin diantara kalian sudah tahu siapa itu Domo. okay buat yang taktahu, biar aku terangkan serba sedikit perihal tentang Domo, dia seorang gadis yang comel berumur belasan tahun yang pernah aku sayangi suatu ketika dulu, diulangi SUATU KETIKA DULU. Kini hubungan aku dengan dia tidak lebih dari kawan dan mungkin perasaan cinta dan sayang yang pernah terbentuk dalam hati kitorang masing-masing telah pun terhakis. okay cukup, aku berharap korang boleh hayati sajak dibawah ini :D

WOI, DIAM SAJALAH YA?(tajuk)

Woi, diamlah kau diri,
soal cinta jangan ditanya lagi, 
buat pedih kita sendiri!

Woi, diamlah kau mata, 
jangan lagi kau tengok dia, 
dia bukan lagi milik kita!

Woi, diamlah kau telinga,
jangan dengar namanya juga, 
kita juga akan merana!

Woi, diamlah kau mulut, 
jangan lagi disebut-sebut, 
memang dia seorang pembelot!

Woi, diamlah kau hidung, 
baunya saja buat kita termenung, 
kita juga akan meraung!

Woi, diamlah kau tangan, 
jangan terbayang jarinya yang ringan, 
itukan cuma kenangan!

Woi, diamlah kau kaki, 
jangan melangkah kesana lagi, 
kita tak mahu diseksa lagi!

Woi, diamlah kau hati, 
tenang sajalah seorang diri, 
sedang kau dizalimi!

Woi, diamlah diamlah diamlah, 
jangan meronta, 
jangan meraung, 
jangan termenung, 
jangan melalak, 
jangan teriak.

Woi, diamlah! 
aku mahu tidur, 
aku mahu makan, 
aku mahu kerja, 
aku mahu berjalan, 
tenang sajalah ya?

Woi, diamlah! 
aku mahu mandi, 
aku mahu telanjang,
aku mahu kencing, 
aku mahu berak.

Woi, diamlah! 
aku mahu berkarya, 
aku mahu membaca, 
aku mahu menonton, 
aku mahu berfikir.

Woi, diamlah diamlah diamlah!
Diamlah kaki,
Diamlah tangan,
Diamlah mata,
Diamlah hidung,
Diamlah telinga,
Diamlah mulut,
Diamlah hati,
Diamlah diri.

Woi, diamlah kau jiwa, 
jangan pernah putus asa, 
ini semua takda apa-apa, 
aku tahu ini kali kedua, 
tapi buat kita lebih dewasa, 
pedulikan dia yang tergila-gila, 
dia pun tak tahu dirinya siapa, 
untuk apa kita tunggu dia, 
dia bukan lagi kita punya!

Woi, 
Woi, 
Woi, diamlah...
tenang sajalah ya? 
yang lain pasti ada.  
Karya : Zahiril Adzim

bagi aku sajak ini cukup hebat! sekian sampai disini saja entri kali ini. ohh yaaa! sebelum tu, aku nak tambah sikit sajak ini :D baca dibawah ini.

Woi, diamlah kau jasad dan roh,
barang yang lepas jangan dikenang,
kini kau sudah mempunyai pengganti!

The Typewriter :
Rudy Ramly