'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Apa yang patut aku buat?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Guys, aku bagi salam tu, jawab lah ye, dosa tau kalau tak jawab salam :D Entri kali ini masih lagi tentang cinta! mesti korang dah rimas baca blog aku kan? tak habis-habis cinta, aku pun sebenarnya, dah naik jemu post entri pasal cinta.

Tapi, kalau aku pendam perasaan ni lama-lama, aku sendiri yang sakit, sakit hati! korang tahukan macam mana rasa sakit hati? tipulah kalau tak tahu. #akumemangsukabermonolog
okay, sebenarnya aku nak cerita pasal hubungan kami, hubungan siapa? aku dan dia lah siapa lagi. Hubungan aku dan dia tamat, the end, finished. sebenarnya aku malas nak taip panjang-panjang.

AKU BOSAN! AKU NAK AMIK CUTI REHAT DARI DUNIA BLOGGING NI BUAT SEMENTARA WAKTU! 

seminggu, sebulan, setahun, mungkin selama-lamanya :'(

Dan mungkin akan kembali active dalam dunia blogging bila aku dah ada ilham atau bila ada cerita yang menarik untuk dikongsi atau bila aku sudah berjumpa dengan pengganti ruang rusuk kiri ku yang telah ditinggalkan kekosongan atau ermmmm? korang tunggu jelah, aku pasti akan kembali kerana blog ni dah jadi separuh daripada hidup aku, blog ni lah tempat aku luahkan perasaan, blog ni lah kawan baik aku, isteri aku, dan pelengkap ruang rusuk kiri aku buat seketika :(

P/s : aku rindu dia :'(

The Typewriter :
Rudy Ramly

Adakah aku yang terlampau emosi?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Adakah aku yang terlampau emosi? adakah aku yang terlampau sayang kan kau? adakah aku yang terlampau kuat cemburu? adakah aku saja yang rasa rindu? adakah aku yang terlampau bodoh? 

Bila aku rindu aku stalk profile kau, aku tatap gambar kau, aku imbas kembali saat saat indah bersama aku. tapi kenapa aku masih tak puas dengan layanan yang kau beri? aku cuma perlukan kasih sayang dari kau, aku tak perlukan perkara lain. Aku terlampau amat sangat mencintai kau, adakah perasaan kau terhadap aku sama seperti apa yang aku rasakan?

Ye! betul kawan lagi penting dari BF/GF tapi bila kau buat dia BF/GF kau macam tunggul, tak ke sedih diorang?aku. Aku juga ingin dikasihi. Serious aku jealous bila kau mesra dengan orang lain. Kata kau, diorang cuma kawan tapi aku rasa layanan kau terhadap diorang sama je seperti layanan kau terhadap aku. Aku tak inginkan layanan seperti raja atau layanan seperti suami, aku cuma ingin dilayan seperti seorang kekasih yang amat dicintai.

Kenapa semua ini terjadi? pernah kah kau faham perasaan aku? kau kata kau taknak sakiti hati aku, kau kata sayang kau pada aku kurang. kau tahu sayang aku tak pernah kurang walau sekecil kuman pun, rindu aku tak pernah kurang walau sekecil kuman pun. Aku tak inginkan wanita lain, aku cuma inginkan kau. Diulangi hanya kau!

Aku cuba pertahankan hubungan ini, aku cuba kembalikan rasa sayang kau terhadap aku, tolong bukan ini yang aku inginkan dalam hubungan ini, Maaf jika aku tak bisa membuat kau bahagia, bukan aku tak cuba, aku dah cuba sehabis baik yang mungkin.

Tolong jangan kau ucapkan sekali lagi kata-kata yang pernah kau ucapkan sebelum ini, aku tak ingin dengarkan nya, aku tak ingin mendengarkannya buat kali kedua, tolong!

Aku tak rela hidup tanpa kau, bila aku kata cinta pada kau, aku betul maksudkan nya, pernah kah kau fikir apa bagaimana hidup aku nanti tanpa kau? tolong jangan kau ucapkan kata-kata yang pernah kau ucapkan dulu, aku tak mahu kehilangan kau lagi. jangan pernah kau cuba lambaikan tangan tanda selamat tinggal pada aku. aku tak mampu untuk melihatnya, aku tak mampu untuk membalasnya, jika kau ucapkan kata-kata itu, jika kau lambai kan tangan tanda selamat tinggal, aku cuma mampu membalasnya dengan linangan airmata. 

P/s : mood jiwang aku menjadi-jadi :(
18 September 2011
1 :32 a.m
mengengam telefon bimbit menanti sms darinya.

The Typewriter :
Rudy Ramly






Selamat Hari Malaysia

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Disini aku sebagai anak jati Malaysia, ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia yang berada di dalam negara ataupun yang sedang menyambung pelajaran di luar negara, sesungguhnya, aku sangat berbangga menjadi salah satu daripada 28.3juta rakyat Malaysia.

Serba sedikit sejarah Malaysia, Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.



Maka kini terbentuklah sebuah negara yang aman, dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang diberi nama MALAYSIA! berbanggalah menjadi anak Malaysia.


The Typewriter :
Rudy Ramly

Hoi Manusia!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hoi Manusia! 
Yang aku tidak tahu nama, 
Mana asal usul, bahkan latar belakang kau pun aku tidak tahu.
Kau ni siapa ha? 
Dari mana kau tahu hampir kesemua tentang diri aku. Seram niiii !

Hoi Manusia!
Kau ni siapa, apa nama kau?
Susah sangat ke kau nak berterus terang,
Aku tak makan oranglah.

Hoi Manusia!
Kau misscalled aku berkali-kali,
Kau messages aku berkali-kali,
Kau tak rasa membazir ke?
Bazir masa kau je tahu tak?
Aku tak suka bazirkan masa nak layan orang macam kau ni!
Banyak lagi kerja yang lebih berfaedah aku kena buat.
Kau tahukan masa itu emas.

Hoi Manusia!
Bukan aku sombong,
Aku cuma tak suka dengan cara kau itu!
Kalau kau rakan yang aku kenal.
Kenapa kau perlu sorokkan identiti kau itu,
Mengapa?

Hoi Manusia!
Maaf jika aku berkasar,
Aku tak suka cara kau itu!
Maaf jika kau tersinggung,
Aku takda niat.
Maaf, maaf, maaf, maaf dan maaf,
Bukan aku sombong,
Aku cuma tak suka,
Aku benci cara kau itu!

Hoi Manusia!
Ergghhhh! Argggghhhh!
Buang masa aku saja memikirkan siapa kau?
Jika mahu berkawan gunakan cara yang betul,
Tunjukkan identiti kau itu,
Bukan begini caranya.

Kepada tuan empunya nombor ini,
01229***34, 
Tunjukkan identiti sebenar kau!

P/S : aku dengan si dia sudah kembali bersama :3
The Typewriter :
Rudy Ramly

Apa Masalah ni

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Aku bukan orang kaya,
Yang punya harta setinggi gunung.
Aku bawak kapcai,
Kau bawak kereta import.

Aku takda geng,
Tapi aku ada sahabat.
Aku tak kuat,
Tapi aku tak lemah macam kau.

Aku bukan gangster,
Kau Taiko besar.
Aku bukan kaki pukul,
Kau kaki botol.

Aku takda duit berkepuk macam kau,
Aku tak famous macam kau,
Aku tak kacak macam kau,
Tapi aku tak tinggi dan aku tak pendek,

Aku tahu kau tinggi, segala-galanya tentang kau tinggi, harta, ego,
semuanya lah tinggi.

Aku belajar tak tinggi,
Kau belajar kat oversea,
tapi fikiran aku tak cetek macam kau,
Aku bergaya timur, kau bergaya barat.
speaking aku berterabur, speaking kau lancar.

Apa masalah aku ni?
Masalah aku ialah kau,
Ya! 
Engkau!
Aku ada masalah dengan budak melayu,
berbahasa English yang malu dengan bahasa Malaysia ,
macam kau, ya! engkau yang aku maksudkan.

Bahasa menunjukkan bangsa,
kau malu, segan dengan bahasa tempat kelahiran kau,
okay kau boleh mati,
kau boleh nyah dari tanah melayu.

P/s : apa yang aku merapu ni?
10 September 2011
3:30 a.m
Ditengah-tengah ruang petak tilam

The Typewriter :
Rudy Ramly

Nekad Muktamad

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Seorang teman duduk betul-betul dihadapan aku, sedang berbual di telefon dengan buah hatinya.

"You serious ke?" berkali-kali perkataan itu terpancul keluar dari bibirnya. Ingin saja aku menanyakan mengapa? apa terjadi? tetapi aku tidak berani. Setelah dia habis berbual di telefon dengan buah hatinya. Dia terduduk, terpaku, kepalanya tunduk. Tapak tangannya mengenggam erat telefon bimbitnya, kedua-dua telapak tangannya, terlekat jari jemarinya seperti digam.

Dengan wajah yang dahsyat, kusutnya, tak terurusnya, hampa, kecewa, punah, hancur, dia mula menceritakan detik-detik perit yang sedang dilaluinya. Hatinya sedang hancur, yang tak terbayangkan. Dari riak wajahnya yang jujur, aku seolah-olah dapat merasakan kehancuran jiwanya. Yang tak terbangkit lagi.

Setiap kata yang terpancul dari bibirnya, dibaluti nada suara yang sebak, yang tak terkeluar, pekat. Bertungkus lumus dia mencuba untuk memisahkan suaranya tanpa emosi. tapi gagal. Dia cuba menahan lelehan air mata yang pantas mengalir tanpa niat.

Aku jadi lemah memerhatikannya. Lembik lutut. Tapi aku kuatkan hati, demi untuk membantunya.

Katanya, setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap waktu dia terbayangkan kisah-kisah indah bersama dengan buah hatinya itu. Dan hari ini, tanggal 4th September 2011 tepat 1.00a.m, terlalu senang, mudah, kacang buah hatinya pergi meninggalkannya. Yang memulakan saat kehancuran dalam hidup dia. Teman aku ini, dulunya sudah berjanji akan menjaga buah hatinya sehabis baik.

Itulah kuasa cinta, apa saja boleh terjadi. Cinta adalah satu perasaan yang sangat kuat, cinta mampu menjatuhkan mana-mana lelaki sekali pun.

Sebak sungguh aku mendengar ceritanya. Dan tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil, aku toleh kebelakang kerana aku kenal suara yang memanggil. Itu suara seseorang yang aku sayang atau lebih tepat yang pernah aku sayang. Bila aku toleh, orang itu tiada, bahkan tiada sesiapa pun dibelakang aku.

Kemudian aku toleh ke depan semula dan aku dapati lelaki yang sedang menangis keperitan di hadapan aku tadi ialah..........

AKU!

Aku terus terhampar, terdampar, terlentang ditengah petak ruang tilam yang empuk, bernama katil. Melangit kebentuk-bentul siling. Membeliak bola mata aku sambil air mata mengalir laju, keadaan menjadi sunyi. Aku merenung, "Apa salah aku, ini kali yang ke-3 berturut-turut aku ditinggalkan". Kini perlahan-lahan aku merelakan kenyataan.

Aku berharap kau mampu menjaga diri kau bila aku tiada di sisi kau. Jujur aku akui perasaan sayang itu masih ada dihati aku. Selamat Tinggal Pelengkap Rusuk Kiri Aku. :'>


P/s : Siapa cakap lelaki tidak boleh menitiskan air mata? lelaki juga mempunyai perasaan!
The Typewriter :
Rudy Ramly

Need Your Help Guys. please! :'>

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Amik kau malam ni sekali dua entri aku post. hahaha tapi entri kali ni pendek dan aku cuma nak minta tolong  jasa baik korang. #betulkeayatakuni? lantaklah, aku cuma nak minta tolong korang like video ni. :D member aku ni ada masuk competition yang dianjurkan oleh DIGI ala competition MyPhone Shorties tu :D aku harap korang boleh tolonglah ye. kerjasama korang amat dihargai oleh aku dan kawan aku punya kawan ni :D Video ni awesome gila kott :D


The Typewriter :
Rudy Ramly

Perasaan Cinta

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia



Setiap manusia mempunyai perasaan tidak kiralah perasaan sayang, benci, or apa apa saja yang sama dengannya tapi entri kali ini aku nak tekankan tentang perasaan cinta, aku percaya semua orang ada perasaan itu. aku pun juga begitu. kita mempunyai perasaan ingin dicinta dan mencintai :D cinta itu buta kata orang tua. aku setuju dengan kata-kata itu. cinta boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa saja untuk mempertahankannya betul tak?

Definisi Cinta :D

1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah 

2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Haziral, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....

Cinta itu Indah bukan? tapi bila cinta itu terluka, Ya Allah! ianya sakit lebih sakit dari accident. sakitnya seperti hati kita ini diguris, dihiris perlahan lahan dengan satu benda tajam. hanya Allah S.W.T saja tahu bagaiman rasa sakit kita bila cinta kita itu dilukai :D Ingat cintailah orang yang mencintai kita dan jangan sesekali melukai hatinya yang tulus mencintai kita :D

The Typewriter :
Rudy Ramly