'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Shooting Star

Pretty, if the sun won't shine, i'll be coming up to meet you and I'll be there to make you mine. 
Honey, if the rain will pour, i'll be knocking at your window I'll be begging you for more. 
It's as if you've come along too soon and I'm trying to fit you in but I can't seem to find the room. 
Cutie, if it all falls through, We can piece it back together and I can learn to trust you too.  
Baby, teach me wrong from right cos in life there are no answers and in life there is no right.
Pretty, if the sun won't shine, now you've come this far to meet me and I know, I know you're mine.
you're just, too good, to lose and I can't refuse, 
So don't make me choose between the two,
 I'm better in here in my atmosphere, 
Don't you know who you are you're my shooting star.

xoxo :
Rudy Ramly

Maafkan aku :(

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Maafkan aku, aku tak mampu jadi yang terbaik :(

sayang betul dia kat aku. Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam dan kemudian selang beberapa minit, dia msg aku, dia maafkan aku. kesalahan aku memang tak layak untuk terima maaf itu. masih adakah manusia yang baik macam ni?

aku yang selalu menjadi punca, akulah punca dalam setiap pergaduhan kita. Maaf sayang! Ego aku tinggi. Ye dah lama aku sedar tentang hal itu, aku cuba lontarkan sifat itu jauh ke laut tapi sukar. aku selalu sakitkan hati kau, tapi kau tetap sabar. kau buat hal aku melenting, bila aku buat hal, kau maafkan aku sambil tersenyum. aku tahu aku bukan yang terbaik untuk kau, 

aku,
diriku,
jasadku,
segala-galanya tentang aku,
kau terima dengan ikhlas,

kau masih bersabar dengan perangai aku. aku tak mampu nak berkata-kata, aku terkedu. maafkan aku!
setiap kemarahan yang terpancul, setiap herdik yang timbul, setiap garangnya kata, setiap bengisnya suara,
kau masih memaafkan tapi disini aku juga ingin meminta maaf. aku lakukan semua itu kerana aku sayang, aku kasih, aku cinta kepada kau.

percayalah, bukan kau yang tak sempurna, tetapi aku. aku yang kekurangan sini dan sana, kau cukup sifatnya dari mata aku, dari hati dan jiwa aku. aku angkat kau setinggi-tingginya, kau sempurna setiap  masa di mata aku.

aku tak mampu menulis lagu atau puisi cinta buat kau, aku tak mampu kerana kasih sayang kau kepada aku sangat hebat. kadang-kadang aku tenggelam dengan kata kata aku sendiri. tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan kasih kau itu. aku cuma mampu melihat dan menjerit didalam hati. aku menjerit sekuat hati, apa yang aku jerit kan, aku jerit kan "I LOVE YOU" setiap pagi. aku jeritkan perkataan itu khas buat kau. maafkan aku kerana selalu buat masalah.

"Ya Allah, kalau benar dia jodoh aku, akan aku lawan sebaik mungkin untuk mempertahankan hubungan ini" 


P/s : semenjak memiliki buku Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril Adzim tu, aku jadi jiwang sikit. LOL

Your Boyfie :
Rudy Ramly

Kalaulah Aku Boleh

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Aku duduk ditempat biasa aku lepak untuk merokok(maklumlah tak dapat lesen lagi dari ibubapa) dibawah sinaran jingga lampu jalan, aku menyalakan api untuk membakar sebatang rokok yang baru saja dibeli dikedai runcit tadi.

sepam,
dua pam,
tiga pam,

berkepul-kepul asap rokok keluar dari mulut aku, aku meneguk setin nescafe yang juga baru dibeli tadi, tiba-tiba aku teringat satu soalan yang ditujukan kepada Zahiril Adzim. Soalan dia mcm ni "so tell me Zahiril, kalau you boleh jumpa diri you masa kecik balik, what will be your message or advice to him"

kalaulah soalan itu ditujukan kat aku, banyak yang aku nak cakapkan kat diri aku sendiri masa kecik. Hish! memang aku nak sangat jumpa dia(diri aku time kecik) tapi aku tahu memang takkan boleh punya. hahahaha

okay kalaulah boleh, diulangi KALAULAH BOLEH!

banyak yang aku nak cakapkan kat dia tapi untuk saat dan detik ini, tiga perkara je yang aku betul-betul nak cakap dengan  diri aku sendiri masa kecik.

Pertama :
jangan sesekali terniat dalam hati nak merokok sebab merokok tu tak cool.

Kedua :
rajin belajar dan jadilah orang yang berguna serta taat pada perintah Allah S.W.T

Ketiga yang paling penting :
jangan pernah bersifat perkauman atau racism sebab racism itu virus yang tiada ubatnya. Kau bacalah buku tentang anti perkauman ke, kau ciptalah lagu penyatuan kaum dan anti perkauman ke, kau buatlah apa-apa cara sekali pun untuk memusnahkan sifat perkauman ni, ia tetap akan meninggalkan setompok calit sifat perkauman tu dalam diri sendiri.

sampai saat dan detik ini pun, aku masih bertungkus lumus untuk membuang sifat yang hina itu dari dalam diri aku ni tetapi ia tetap ada, biarpun sikit. Nak tahu sebab apa? sebab aku dibesarkan dengan environment perkauman dan segelintir kawan aku ada yang bersifat perkauman. Ya! aku mengaku aku juga mempunyai sifat itu dulu!

Kenapa susah sangat kita nak tengok seseorang itu sebagai seseorang dan bukan sebab bangsanya, warna kulitnya atau apa-apa saja yang berkaitan dengan racism?

Hey kawan! didalam kubur kita disoal tentang agama, bukan bangsa dan warna kulit, Jadi marilah kita beramai-ramai melontarkan sifat perkauman dalam diri kita sendiri jauh ke dasar laut biar sifat itu ditelan oleh perut bumi! Sekian!

The Typewriter :
Rudy ramly

Al-Fatihah

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia 
sebelum aku mula bercerita, aku nak bgitahu kalau boleh jgn lah pause lagu kat blog ni bila korg baca entry yang ni ye, sbb lagu ni mmg sesuai didengar time baca entri ni, tapi ikut suka korg lah ye, hak korg kan :D

okay sambung cerita yang sepatutnya dikongsi, pada 4 Julai 2011, aku telah kehilangan dua orang sahabat yang baik akibat accident.
marilah sedekahkan al-fatihah :'D

mcm mana boleh accident aku tak nak cerita,
tempat kejadian di Au4 jalan baru nak pergi WangsaWalk Mall, lebih tepat berdekatan dgn pasaraya HERO.
aku dapat berita pada pukul 12:20 tgh hari,  sebaik saja aku keluar rumah hendak menuju ke Kolej. seorang kawan telah memberitahu aku bahawa Azmaan dah tak ada, aku pun mcm tak percaya je, 
then, aku terus call Reza dan Razak, diorang tak jawab, so aku call Ruben. dia cakap dude, Azmaan dah tak ada, dgn nada yang amat sayu, aku pun terus bergegas ketempat kejadian, setibanya disana aku dapat lihat tubuh Azmaan telah ditutupi dgn plastik hitam di atas divider jalan. aku menahan rasa sebak didada, cuba utk menghentikan aliran air mata, tapi apakan daya, aku insan yang lemah, paling lemah bila mengetahui orang yang aku kenal telah pergi. aku pergi cari rakan-rakan yang lain, dan aku tanya mana Faizal, Diorg dah bawak pergi Hospital, Dia koma.
Dua dua anak cikgu, dua dua pengawas kat sekolah, 
dua dua anak sulung dalam keluarga masing masing 
and dua dua pergi tinggal kan kita pada hari yang sama, :'(


aku tak sanggup nak cerita lagi, maafkan aku, yang pastinya selepas beberapa jam Faizal berada dalam keadaan critical, dia pun telah menghembuskan nafas yang terakhir selepas Azmaan selesai disolat kan.

Azmaan Johari
3th June 1994 - 4th July 2011

Maan! kenapa kau pergi? lepas ni siapa nak jadi bassist dalam band kita, aku tak hebat sgt maan,
lepas ni siapa nak berebut guitar bass dgn aku bila jamming?
lepas ni dari siapa aku nak tahu info terkini pasal avenged sevenfold maan?
lepas ni lepas ni lepas ni?
siapa nak mengadu kat aku seluar koyak sebab slide?
lepas ni aku dah tak dpt dgr kau ckp mcm ni bila dgr lagu kita jamming kat mana mana.
"lagu jamming lagu jamming"
sumpah aku sedih.
your are the best bandmate ever maan! aku akan selalu mengingati kau. 
Al Fatihah.

Muhammad Faizal
12th March 1994 - 4th July 2011

Zal! kenapa ni? kan aku dah bagitahu, jgn bawak motor mcm nak berlumba.
Lepas ni dah tak dgr lah bunyi motor c70 kau dpn rumah aku tiap tiap petang. 
Aku akan rindu bunyi motor tu. lepas ni siapa yg ktorg nak pnggil Ayam? Aku akan rindu nama Ayam tu.
lepas ni siapa nak jadi keeper bila kau dah tak ada?
 lepas ni siapa yang aku nak kacau?
lepas ni lepas ni lepas ni
siapa yang nak cakap terbelit belit bila dah benggang mcm kau?
your are the best keeper ever Zal! aku akan selalu mengingati kau. 
Al Fatihah.



Zal tadi malam lepas pergi pengkebumian kau, aku tidur and mimpi pasal kau. korang nak tahu mcm mana aku mimpi. 

aku tgh lepak dpn rumah kau, tgh tunggu masa nak solat kan kau, tiba tiba kau keluar dari rumah kau, aku panggil kau tapi kau tak menyahut, so aku follow kau sampai kubur, dah sampai kubur kau cakap, weyh aku gerak dulu,

mcm tu lah aku mimpi weyh, lepas mimpi tu aku terus terjaga and pergi bilik air and nangis puas-puas, maybe malam ni aku mimpi kau pulak Maan, 

Azmaan & Faizal, maafkan aku kalau ada buat salah ataupun apa-apa yang buat korang terasa, kalau korang ada hutang aku dah halalkan, and aku dah pun maaf kan korang, aku akan sentiasa ingat kat korang,
nanti kalau aku free aku ziarah kubur korang okay :')

I love you so much guys :D
korang mmber paling kawtim pernah aku kenal :'D

fakta : aku mendengar lagu So Far Away by Avenged Sevenfold sambil menangis ketika menaip entri ini :'(

sincerly :
Rudy Ramly