'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Pilih Aku

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Sedarkah engkau yang aku sayangi,
sedarkah untuk engkau aku berpuisi,
tidakkah engkau terbaca niat tulus ini,
degupan jantung  kian terbisik.

Kadang kala kata-kata tidak bererti,
kalau hanya akan menyakiti,
aku diam bukan bermaksud aku tak ingin,
aku diam kerana aku tidak tahu bagaimana harus aku mulakan.

Tanda-tanda cinta kian jelas,
cinta yang tulus sedang bersemi,
aku dapat rasakannya,
adakah engkau dapat merasakannya?

Aku yang akan mencintai kau setulus hati,
aku yang akan selalu mendampingi kau,
tidak kira di waktu susah atau senang.
pilihlah aku.

Bila bahagia yang kau inginkan,
aku akan beri,
bila peneman yang kau inginkan.
aku akan temani.

Pilihlah aku,
aku akan sentiasa bersama,
menemani,
menyayangi,
aku disini bukan sebentar,
aku berjanji aku cuba untuk setia selamanya dihati.

Kalau puisi ku yang kau tunggu,
jangan hanya aku yang tahu,
bilang pada semua,
sebarkan, biar mereka tahu untuk siapa aku berpuisi,
biar mereka tahu siapa sumber ilhamnya.

Aku cinta kau,
mohon warnai jiwa aku,
hiduplah bersama aku,
pilihlah aku.
The Typewriter:
RudyRamly