'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

The Long Distance Relationship

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

I'm just so fucking like this video and i admit it, aku sangat tersentuh apabila melihat video ini :') video ini aku post khas untuk mereka yang sedang bercinta jarak jauh, ala macam Qi Razali dengan Yuna Zaraai, Qi kat Malaysia and Yuna kat US, haha k have fun watching this video guys :)

The Typewriter :
Rudy Ramly

I've feeling too

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Entri kali ni cerita pasal perasaan, ermm perasaan lagi *roll eyes* susah lah kalau aku je kena jaga perasaan korang, perasaan aku siapa nak jaga? takkan nak campak kat lombong kot.

Dear girlfriend, like seriously i don't fucking care if you want to text other guys, okay i admit i lie bout it, of cause i'm jealous cause you're mine! i'm so fucking jealous if you text with that guy, which guy? i think you already know who is he, yeahh, maybe bagi you dia tu just kawan but kisah lama tu, errghhh sakit bro sakit, sakit hati aku ni macam kena cucuk dgn pisau tajam, bak kata Shila Amzah "Patah seribu hatiku" lol jiwang gila kau ni Rudy. haha

Okay, seperti apa yang tertulis di blog awak "Kita kat dunia ni bukan bertiga. Aku sayang ramai lagi orang" k fine i admit it, betul apa yang awak cakap tu, mungkin aku yang terlampau cemburu, aku tak tahu kenapa aku kuat cemburu mungkin sebab aku terlampau sayangkan dia.

Jujur lah kan kan, memang lah sakit gila hati aku ni, bila dia cerita pasal mamat romeo lembu tu, ooppss i shouldn't say like that, sakit hati aku ni kalau aku tak fikir mamat tu member aku dah lama aku keret 18 badan dia, ala macam kes Mona Fandey, hahaha k aku gurau, aku takdelah kejam sampai macam tu sekali, haha.

Sebenarnya aku malas nak update pasal benda ni tapi apa boleh buat kat blog ni jelah aku boleh lepaskan segala perasaan yang terpendam tapi tak semuanya aku pendam, dalam 30% je yang aku lepaskan yang selebihnya biarlah aku simpan dalam hati sampai busuk berkulat seperti mayat yang sudah berulat.

Aku terpaksa pendam perasaan sakit hati aku ni demi menjaga perasaan dia, demi tidak kehilangan dia, aku sayang dia weh serious wa tak tipu lu derr *tetz terselit ayat rempit di situ! mencik mencik* biarlah aku malas nak fikir lagi pasal benda ni, kang tak pasal pasal aku gaduh lagi dgn dia, penatlah nak gaduh dgn dia, masing-masing kepala batu, keras macam batu konkrit. hahaha.

Aku tekad untuk mencuba pekakkan telinga, butakan mata, kalau boleh nak je aku cucuk mata aku ni dengan garfu macam kassim selamat, hahaha "kassim maafkan mak kassim* aku cuba buat tak tahu, aku cuba dan cuba dan terus mencuba tapi ingat kesabaran manusia mempunyai tahap, jangan sampai kesabaran aku meletup KBABOOM! haha k lah tak guna aku cerita panjang lebar pasal benda ni, nanti aku sendiri yang sakit hati :)

Kepada Tulang Rusuk Kiriku, saya sayang awak lebih dari lagu jiwang karat boleh tunjukkan :)

P/s : Shila Amzah sangat comel kalau tak bermake-up :) 
The Typewriter :
Rudy Ramly



Kotaraya ku Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Kotaraya ku Kuala Lumpur,
Dari KLCC ke Pavillion KL,
Aku bukan Malaikat untuk mencatat dosa pahala,
Aku bukan hakim untuk menghakimi mereka,
Aku cuma ingin memberikan pendapat.

Aku mengunakan hak berfikir sebelum hak bersuara,
Aku bersuara dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil,
Sebelumnya aku meminta maaf jika ada yang terasa,
Aku takda niat.

Jika kau biasa membeli belah di sekitar KLCC, Pavillion atau Sg.Wang.
Pernahkah kau lihat apa yang aku lihat?
Sekumpulan,
Segerombolan,
Satu team,
Satu kaum,
Anak muda remaja.

Anak muda sedang berpeleseran tidak tentu arah,
Ada yang macam itu, Ada yang macam ini,
Macam macam perangai boleh dilihat, 
Di manakah silapnya? Aku tertanya-tanya,

Mereka di timbang tanpa neraca di awal usia,
Mereka dihukum masuk neraka oleh manusia,
Aku tahu ramai orang diluar sana,
Mengata, Mengumpat, Menfitnah mereka,

Ye aku tahu mereka cuma ingin bersuka ria,
Tapi cara mereka itu mungkin salah,
Mereka sentiasa ditegur,
Tapi tetap tidak berganjak,

Mereka minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi mereka tak serasi dengan dunia,
Inkaserasi dari penguni dan keluarga bumi,
Buah fikiran mereka dan kau lain,
Halusinasi mereka disusuli ketandusan ihsan,
Mereka tak minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni,
Aku tahu itu!

Maafkan mereka, mereka tidak tahu,
Mereka belum habis ramas buku,
Mereka segan dengan ilmu,
Biarkan mereka bersuka ria kalau terlampau baru tegur.

Kita Kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa,
Maafkan mereka, mereka tiada kasta bahasa,
Ibubapa lalai dari kecil dah dimanja dah diabai,
tanpa pendidikan yang tepat, mereka tidak minta begitu,
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati,
Ini bukan puisi cinta ini puisi Kejutan Budaya!
Sekian.
P/s : Aku tahu entri ini sedikit merapu :)
The Typewriter :
Rudy Ramly

Tiada apa-apa

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Adakah aku lebih baik mati saja?
Adakah aku patut berhenti berusaha?
Mereka kata aku patut berhenti sekarang,
Dari aku derita bersama-samanya.

Adakah aku patut menunggunya?
Adakah aku patut berhenti memikirkannya?
Mereka kata aku tak perlu menunggu lagi,
Dia bukannya memikirkan tentang aku.

Adakah air mata aku perlu mengalir kerananya?
Adakah aku perlu buktikan sesuatu?
Mereka kata tak perlu menangis,
kau tak perlu buktikan apa-apa,
itu semua buang masa.

Adakah aku mabuk?
Adakah aku perlu berterus-terang?
Mereka kata aku mabuk cinta,
Mereka kata kalau berani,
Telefonlah dia dan berterus-terang.

Aku cuba beranikan diri,
Aku akan mengatakan perkataan yang aku pendam,
Aku berharap dia akan dengar apa yang ingin aku katakan,

Tapi berani aku tak berada ditahap yang memuaskan,
Aku hanya mampu menghantar sms,
Aku sms dia dan mengaku kepadanya apa yang aku rasa,
Aku katakan aku mencintainya dengan ikhlas,
Tapi apa yang aku terima?
Tiada apa-apa,
Tiada balasan yang aku inginkan,
Semuanya tidak berjalan seperti apa yang aku harapkan.

Kini,
Aku hanya mampu melayan perasaan,
Dan berkongsi rasa perit dihati yang tidak terkata,
Bersama-sama kalian diblog ini,
Blog inilah satu-satunya yang memahami aku.


P/s : aku merapu lagi, aku akan terus merapu dan merapu sampai aku tak reti nak merapu lagi :')
The Typewriter :
Rudy Ramly


Apa semua ni?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Aku duduk menghadap monitor,
Sedang menyemak akaun Twiitter dan Facebook aku,
Jari jemari aku ligat menari di atas papan kekunci,
Kadang kala jari jemari ku berhenti menari seketika,
Berhenti untuk melakukan perkara lain,
Iaitu memetik pemetik api untuk membakar sebatang rokok.

Sedut, hembus, sedut, hembus,
Sepam, dua pam, tiga pam,
Sebatang, dua batang, tiga batang,
Diulangi perkara yang sama berulang kali,
Sehingga hampir habis rokok sekotak.

Ye, aku boleh dikatakan perokok tegar,
Kenapa?
Ada yang benci aku kan?
Takpa, bencilah, aku tak kisah,
Aku pun benci diri aku sendiri,
Bukan aku tak cuba untuk berhenti,
Aku dah cuba tapi gagal.

Sedang aku kusyuk menyemak akaun Twitter dan Facebook,
Sesuatu terlintas difikiran aku,
Aku tertanya kenapa semua ini jadi kat aku,
Kenapa aku macam ini,
Kenapa nasib aku begini,
Kenapa? kenapa? kenapa? dan kenapa?

Hati aku berkata,
Ini semua suratan takdir,
Mahu tak mahu aku kena lalui semua ini,
Kadang kala aku terfikir,
Buat apa aku fikirkan pasal orang yang tak ada perasaan sayang kat aku,
Baik aku fikirkan orang yang sayang kan aku,

Ahhhhh!
Sudahlah tu,
Buat masa sekarang cinta tak penting untuk aku,
Pelajaran dan Keluarga aku lagi penting.
Persetankan soalan cinta,
Jodoh ditangan yang maha agung Allah S.W.T.

The Typewriter :
Rudy Ramly

AIR MATA ANAK ADAM

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Korang pernah tengok anak adam mengalirkan air mata tak? sebenarnya susah untuk kaum adam mengalirkan air matanya, tak macho rasanya jika melihat air mata kaum adam mengalir.

Tapi kini air mata aku mengalir deras seperti air di sungai kelang, air mata aku mengalir bersebab, air mata aku mengalir kerana  3 sebab.

Pertama, air mata aku megalir kerana aku terdengar takbir raya, tiap kali aku terdengar takbir raya, secara automatiknya air mata aku mengalir, hati aku rasa tenang, aku tak tahu kenapa. mungkin korang semua pun rasa apa yang aku rasa betul tak?

Kedua, air mata aku mengalir kerana aku rasa aku telah melukakan hati seseorang yang pernah aku sayang, semuanya kerana entri aku yang sebelum ini. maafkan saya, saya tak ada niat nak lukakanhati awak, dulu awak yang cakap, awak dah tak sayang saya tapi kenapa sekarang awak seperti inginkan kita bersama kembali seperti dulu, kenapa awak? takpa, awak focuslah dekat pelajaran awak,lagi 9 hari je nak SPM, good luck tau awak, saya tahu awak boleh (Y) maafkan saya sekali lagi sebab dah lukakan hati awak, saya takda niat :)

Ketiga, ini sebab yang terakhir kenapa air mata aku mengalir, aku rasa seperti hati aku kena tikam dengan benda yang paling tajam kat dunia ni, aku rasa macam erghh.. hanya tuhan je tahu macam mana perasaan aku, sebab ketiga ni berkaitan juga dengan entri aku yang sebelum ini. kepada orang yang telah lukakan hati aku ni, aku hanya mampu kata, semoga bahagia dan terima kasih untuk segala-galanya :) halalkan makan minum aku.

Sepatutnya aku gembira sebab esok raya tapi sekarang mood ray pun sudah terbang pergi tinggalkan aku, walaupun mood raya aku dah terbang tinggi kelangit meninggalkan aku, aku tetap ingin ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua yang baca blog aku ni :)


The Typewriter :
Rudy Ramly

Just for my mom ♥

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Wahai kaum Adam,
hanya ada dua wanita saja yang akan mencintai dan menyayangi kau hingga akhir hayat mereka,
yang pertama ialah wanita yang kau panggil ibu,emak,mama,bonda.
yang kedua wanita yang kau panggil isteri.
hanya mereka berdua yang benar benar memberi sepenuhnya kasih sayang mereka pada kau wahai kaum Adam.

Entri kali ini aku post khas utk ibu aku :)
ibu aku orangnya garang, pantang salah sikit mula lah dia membebel,
aku dah penat dengar bebelannya tak kira pagi,petang atau malam,
kalau salah mula lah dia berleter tapi aku tidak kisah semua itu kerana bebelannya itu untuk kebaikan aku juga.
I dedicated this poem special for my mom. Just for my mom.


JUST FOR MY MOM ♥
Sometimes when I feel my heart so lonely,
She's always there to make me feel better.
No matter how my girl just left me,
I don't care because she's always with me. mom!
Whenever the rain comes down and it's seems there's no one to hold me,
She's there for me, she's my mom,
I love you so much!

Just for my mom, I write this poem
Just for my mom, I dedicated this poem
Just for my mom, can wipe my tears when i'm cried
Just for my mom, can only here, in my deepest part of my heart

Trapped in the problem, which I can't solve it,
Damped in damn situation, in every condition with no conclusion
She's there for me, try to help me, that's my mom!
You may say I have no one to cover me under the sun,
I've my mom, she's there for me.
Mom, I do really love you.
Please don't leave me alone, I can't live without you.
You're the greatest woman I have.
You're the only one I love until my last breathe.
Thanks mom!
Your Son :
Rudy Ramly

Kosong

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kini,
jari jemari ku kembali giat menari di atas papan kekunci,
aku gembira, sangat gembira tapi itu cuma luarannya saja, didalam aku rasa kosong, 
kosong seperti sebuah cawan yang baru dihasilkan dari kilang, 
kosong seperti sebuah buku baru yang belum diconteng.

Kini,
Hati aku terasa kosong selepas ditinggalkan si dia,
kosong, kosong, kosong,
bila agaknya kekosongan ini akan di isi dengan cinta dan kasih sayang seperti dulu.
bila agaknya akan ada seorang puteri yang mampu mengisi kekosongan hati aku ini.

Kini,
Hidup aku rasa kosong, hidup aku rasa sayu tapi,
nasib aku baik kerana aku masih ada keluarga dan sahabat yang mampu membuat aku ceria,
nasib aku baik kerana hati aku tidak kosong sepenuhnya kerana Pencipta aku masih ada walaupun aku bukan hambaNya yang mukmin.

Alhamdulillah, kekosongan hati aku ini tidak mampu mematahkan semangat aku,
Alhamdulillah, kekosongan hati aku ini tidak mampu memesongkan akidah aku,
Alhamdulillah, iman aku masih teguh,
Alhamdulillah, kerana masih ada yang sayangkan aku.

Kini,
Kehidupan aku perlahan-lahan pulih seperti sedia kala,
Aku mampu menerima kenyataan,
Aku semakin matang,
Aku mampu bangun sendiri bila terjatuh.

Selama ini aku menyepikan diri bukan kerana aku takut,
Aku menyepikan diri,
kerana aku ingin memperbaiki kelemahan diri,
kerana aku ingin memahami kehidupan ini,
kerana aku ingin menjadi insan yang baru,

Jasad ku, roh ku, semakin hari semakin mampu menyesuaikan diri.
semakin bijak membawa diri.
Usah risau, nama aku masih Rudy Ramly,
bentuk tubuh badan ku masih seperti yang dulu.

Apa yang beza aku sekarang dan aku yang dulu?
bezanya cuma,
aku semakin matang,
aku tahu apa tujuan aku hidup,
aku lebih suka perfikiran positif.
aku yang sekarang lebih maju dari aku yang dulu.
Aku berharap kalian akan senang dengan aku yang baru :)

P/s : sebenarnya tak banyak pun beza aku yang dulu dengan aku yang sekarang.
The Typewriter :
Rudy Ramly




Aku Kembali

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Apa khabar semua? Ohh yee, sebelum itu aku ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak meng-update blog ini, bukan aku sengaja, tetapi aku terlalu busy dan aku tidak tahu ingin berkongsi apa dengan kalian semua.  jyeahh! kini aku kembali kawan,rakan,teman dan si polan, blog aku kin sudah kembali active, banyak perkara ingin aku kongsikan pada kalian. Selamat kembali! nantikan cerita cerita yang menari lagi gempak, eeeee poyonya aku ni. hahahahaha

Sekian sebuah entri pendek dari aku :P
The Typewriter :
Rudy Ramly

Apa yang patut aku buat?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Guys, aku bagi salam tu, jawab lah ye, dosa tau kalau tak jawab salam :D Entri kali ini masih lagi tentang cinta! mesti korang dah rimas baca blog aku kan? tak habis-habis cinta, aku pun sebenarnya, dah naik jemu post entri pasal cinta.

Tapi, kalau aku pendam perasaan ni lama-lama, aku sendiri yang sakit, sakit hati! korang tahukan macam mana rasa sakit hati? tipulah kalau tak tahu. #akumemangsukabermonolog
okay, sebenarnya aku nak cerita pasal hubungan kami, hubungan siapa? aku dan dia lah siapa lagi. Hubungan aku dan dia tamat, the end, finished. sebenarnya aku malas nak taip panjang-panjang.

AKU BOSAN! AKU NAK AMIK CUTI REHAT DARI DUNIA BLOGGING NI BUAT SEMENTARA WAKTU! 

seminggu, sebulan, setahun, mungkin selama-lamanya :'(

Dan mungkin akan kembali active dalam dunia blogging bila aku dah ada ilham atau bila ada cerita yang menarik untuk dikongsi atau bila aku sudah berjumpa dengan pengganti ruang rusuk kiri ku yang telah ditinggalkan kekosongan atau ermmmm? korang tunggu jelah, aku pasti akan kembali kerana blog ni dah jadi separuh daripada hidup aku, blog ni lah tempat aku luahkan perasaan, blog ni lah kawan baik aku, isteri aku, dan pelengkap ruang rusuk kiri aku buat seketika :(

P/s : aku rindu dia :'(

The Typewriter :
Rudy Ramly

Adakah aku yang terlampau emosi?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Adakah aku yang terlampau emosi? adakah aku yang terlampau sayang kan kau? adakah aku yang terlampau kuat cemburu? adakah aku saja yang rasa rindu? adakah aku yang terlampau bodoh? 

Bila aku rindu aku stalk profile kau, aku tatap gambar kau, aku imbas kembali saat saat indah bersama aku. tapi kenapa aku masih tak puas dengan layanan yang kau beri? aku cuma perlukan kasih sayang dari kau, aku tak perlukan perkara lain. Aku terlampau amat sangat mencintai kau, adakah perasaan kau terhadap aku sama seperti apa yang aku rasakan?

Ye! betul kawan lagi penting dari BF/GF tapi bila kau buat dia BF/GF kau macam tunggul, tak ke sedih diorang?aku. Aku juga ingin dikasihi. Serious aku jealous bila kau mesra dengan orang lain. Kata kau, diorang cuma kawan tapi aku rasa layanan kau terhadap diorang sama je seperti layanan kau terhadap aku. Aku tak inginkan layanan seperti raja atau layanan seperti suami, aku cuma ingin dilayan seperti seorang kekasih yang amat dicintai.

Kenapa semua ini terjadi? pernah kah kau faham perasaan aku? kau kata kau taknak sakiti hati aku, kau kata sayang kau pada aku kurang. kau tahu sayang aku tak pernah kurang walau sekecil kuman pun, rindu aku tak pernah kurang walau sekecil kuman pun. Aku tak inginkan wanita lain, aku cuma inginkan kau. Diulangi hanya kau!

Aku cuba pertahankan hubungan ini, aku cuba kembalikan rasa sayang kau terhadap aku, tolong bukan ini yang aku inginkan dalam hubungan ini, Maaf jika aku tak bisa membuat kau bahagia, bukan aku tak cuba, aku dah cuba sehabis baik yang mungkin.

Tolong jangan kau ucapkan sekali lagi kata-kata yang pernah kau ucapkan sebelum ini, aku tak ingin dengarkan nya, aku tak ingin mendengarkannya buat kali kedua, tolong!

Aku tak rela hidup tanpa kau, bila aku kata cinta pada kau, aku betul maksudkan nya, pernah kah kau fikir apa bagaimana hidup aku nanti tanpa kau? tolong jangan kau ucapkan kata-kata yang pernah kau ucapkan dulu, aku tak mahu kehilangan kau lagi. jangan pernah kau cuba lambaikan tangan tanda selamat tinggal pada aku. aku tak mampu untuk melihatnya, aku tak mampu untuk membalasnya, jika kau ucapkan kata-kata itu, jika kau lambai kan tangan tanda selamat tinggal, aku cuma mampu membalasnya dengan linangan airmata. 

P/s : mood jiwang aku menjadi-jadi :(
18 September 2011
1 :32 a.m
mengengam telefon bimbit menanti sms darinya.

The Typewriter :
Rudy Ramly






Selamat Hari Malaysia

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Disini aku sebagai anak jati Malaysia, ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia yang berada di dalam negara ataupun yang sedang menyambung pelajaran di luar negara, sesungguhnya, aku sangat berbangga menjadi salah satu daripada 28.3juta rakyat Malaysia.

Serba sedikit sejarah Malaysia, Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.



Maka kini terbentuklah sebuah negara yang aman, dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang diberi nama MALAYSIA! berbanggalah menjadi anak Malaysia.


The Typewriter :
Rudy Ramly

Hoi Manusia!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hoi Manusia! 
Yang aku tidak tahu nama, 
Mana asal usul, bahkan latar belakang kau pun aku tidak tahu.
Kau ni siapa ha? 
Dari mana kau tahu hampir kesemua tentang diri aku. Seram niiii !

Hoi Manusia!
Kau ni siapa, apa nama kau?
Susah sangat ke kau nak berterus terang,
Aku tak makan oranglah.

Hoi Manusia!
Kau misscalled aku berkali-kali,
Kau messages aku berkali-kali,
Kau tak rasa membazir ke?
Bazir masa kau je tahu tak?
Aku tak suka bazirkan masa nak layan orang macam kau ni!
Banyak lagi kerja yang lebih berfaedah aku kena buat.
Kau tahukan masa itu emas.

Hoi Manusia!
Bukan aku sombong,
Aku cuma tak suka dengan cara kau itu!
Kalau kau rakan yang aku kenal.
Kenapa kau perlu sorokkan identiti kau itu,
Mengapa?

Hoi Manusia!
Maaf jika aku berkasar,
Aku tak suka cara kau itu!
Maaf jika kau tersinggung,
Aku takda niat.
Maaf, maaf, maaf, maaf dan maaf,
Bukan aku sombong,
Aku cuma tak suka,
Aku benci cara kau itu!

Hoi Manusia!
Ergghhhh! Argggghhhh!
Buang masa aku saja memikirkan siapa kau?
Jika mahu berkawan gunakan cara yang betul,
Tunjukkan identiti kau itu,
Bukan begini caranya.

Kepada tuan empunya nombor ini,
01229***34, 
Tunjukkan identiti sebenar kau!

P/S : aku dengan si dia sudah kembali bersama :3
The Typewriter :
Rudy Ramly

Apa Masalah ni

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Aku bukan orang kaya,
Yang punya harta setinggi gunung.
Aku bawak kapcai,
Kau bawak kereta import.

Aku takda geng,
Tapi aku ada sahabat.
Aku tak kuat,
Tapi aku tak lemah macam kau.

Aku bukan gangster,
Kau Taiko besar.
Aku bukan kaki pukul,
Kau kaki botol.

Aku takda duit berkepuk macam kau,
Aku tak famous macam kau,
Aku tak kacak macam kau,
Tapi aku tak tinggi dan aku tak pendek,

Aku tahu kau tinggi, segala-galanya tentang kau tinggi, harta, ego,
semuanya lah tinggi.

Aku belajar tak tinggi,
Kau belajar kat oversea,
tapi fikiran aku tak cetek macam kau,
Aku bergaya timur, kau bergaya barat.
speaking aku berterabur, speaking kau lancar.

Apa masalah aku ni?
Masalah aku ialah kau,
Ya! 
Engkau!
Aku ada masalah dengan budak melayu,
berbahasa English yang malu dengan bahasa Malaysia ,
macam kau, ya! engkau yang aku maksudkan.

Bahasa menunjukkan bangsa,
kau malu, segan dengan bahasa tempat kelahiran kau,
okay kau boleh mati,
kau boleh nyah dari tanah melayu.

P/s : apa yang aku merapu ni?
10 September 2011
3:30 a.m
Ditengah-tengah ruang petak tilam

The Typewriter :
Rudy Ramly

Nekad Muktamad

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Seorang teman duduk betul-betul dihadapan aku, sedang berbual di telefon dengan buah hatinya.

"You serious ke?" berkali-kali perkataan itu terpancul keluar dari bibirnya. Ingin saja aku menanyakan mengapa? apa terjadi? tetapi aku tidak berani. Setelah dia habis berbual di telefon dengan buah hatinya. Dia terduduk, terpaku, kepalanya tunduk. Tapak tangannya mengenggam erat telefon bimbitnya, kedua-dua telapak tangannya, terlekat jari jemarinya seperti digam.

Dengan wajah yang dahsyat, kusutnya, tak terurusnya, hampa, kecewa, punah, hancur, dia mula menceritakan detik-detik perit yang sedang dilaluinya. Hatinya sedang hancur, yang tak terbayangkan. Dari riak wajahnya yang jujur, aku seolah-olah dapat merasakan kehancuran jiwanya. Yang tak terbangkit lagi.

Setiap kata yang terpancul dari bibirnya, dibaluti nada suara yang sebak, yang tak terkeluar, pekat. Bertungkus lumus dia mencuba untuk memisahkan suaranya tanpa emosi. tapi gagal. Dia cuba menahan lelehan air mata yang pantas mengalir tanpa niat.

Aku jadi lemah memerhatikannya. Lembik lutut. Tapi aku kuatkan hati, demi untuk membantunya.

Katanya, setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap waktu dia terbayangkan kisah-kisah indah bersama dengan buah hatinya itu. Dan hari ini, tanggal 4th September 2011 tepat 1.00a.m, terlalu senang, mudah, kacang buah hatinya pergi meninggalkannya. Yang memulakan saat kehancuran dalam hidup dia. Teman aku ini, dulunya sudah berjanji akan menjaga buah hatinya sehabis baik.

Itulah kuasa cinta, apa saja boleh terjadi. Cinta adalah satu perasaan yang sangat kuat, cinta mampu menjatuhkan mana-mana lelaki sekali pun.

Sebak sungguh aku mendengar ceritanya. Dan tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil, aku toleh kebelakang kerana aku kenal suara yang memanggil. Itu suara seseorang yang aku sayang atau lebih tepat yang pernah aku sayang. Bila aku toleh, orang itu tiada, bahkan tiada sesiapa pun dibelakang aku.

Kemudian aku toleh ke depan semula dan aku dapati lelaki yang sedang menangis keperitan di hadapan aku tadi ialah..........

AKU!

Aku terus terhampar, terdampar, terlentang ditengah petak ruang tilam yang empuk, bernama katil. Melangit kebentuk-bentul siling. Membeliak bola mata aku sambil air mata mengalir laju, keadaan menjadi sunyi. Aku merenung, "Apa salah aku, ini kali yang ke-3 berturut-turut aku ditinggalkan". Kini perlahan-lahan aku merelakan kenyataan.

Aku berharap kau mampu menjaga diri kau bila aku tiada di sisi kau. Jujur aku akui perasaan sayang itu masih ada dihati aku. Selamat Tinggal Pelengkap Rusuk Kiri Aku. :'>


P/s : Siapa cakap lelaki tidak boleh menitiskan air mata? lelaki juga mempunyai perasaan!
The Typewriter :
Rudy Ramly

Need Your Help Guys. please! :'>

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Amik kau malam ni sekali dua entri aku post. hahaha tapi entri kali ni pendek dan aku cuma nak minta tolong  jasa baik korang. #betulkeayatakuni? lantaklah, aku cuma nak minta tolong korang like video ni. :D member aku ni ada masuk competition yang dianjurkan oleh DIGI ala competition MyPhone Shorties tu :D aku harap korang boleh tolonglah ye. kerjasama korang amat dihargai oleh aku dan kawan aku punya kawan ni :D Video ni awesome gila kott :D


The Typewriter :
Rudy Ramly

Perasaan Cinta

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia



Setiap manusia mempunyai perasaan tidak kiralah perasaan sayang, benci, or apa apa saja yang sama dengannya tapi entri kali ini aku nak tekankan tentang perasaan cinta, aku percaya semua orang ada perasaan itu. aku pun juga begitu. kita mempunyai perasaan ingin dicinta dan mencintai :D cinta itu buta kata orang tua. aku setuju dengan kata-kata itu. cinta boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa saja untuk mempertahankannya betul tak?

Definisi Cinta :D

1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah 

2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Haziral, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....

Cinta itu Indah bukan? tapi bila cinta itu terluka, Ya Allah! ianya sakit lebih sakit dari accident. sakitnya seperti hati kita ini diguris, dihiris perlahan lahan dengan satu benda tajam. hanya Allah S.W.T saja tahu bagaiman rasa sakit kita bila cinta kita itu dilukai :D Ingat cintailah orang yang mencintai kita dan jangan sesekali melukai hatinya yang tulus mencintai kita :D

The Typewriter :
Rudy Ramly

People Who Inspire Me

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Entri kali ini aku ingin berkongsi tentang orang yang telah memberi inspirasi dalam hidup aku, mereka semua ini serba sedikit  telah mendorong aku untuk mencapai matlamat aku dalam hidup. Mereka-mereka ini telah menunjukkan bahawa komitmen, tindakan, kebijaksanaan dan dedikasi boleh membantu aku untuk mencapai apa-apa saja matlamat yang aku mahu dalam hidup.

Zahiril Adzim

Setelah aku habis membaca karya pertamanya yang berjudul Bogel Menuju Tuhan, telah membuatkan aku berfikir kekayaan, keangkuhan tidak akan membawa kita kemana-mana. Aku berharap aku mempunyai pemikiran yang serupa, sebijik, sebijon macam dia. Terima Kasih Bro, Karya kau telah menyedarkan aku apa erti hidup, apa yang perlu dikejarkan dalam hidup. apa yang perlu dan tidak perlu dalam hidup. Karya kau cukup syiokk. Thumbs up! (Y)

Qi Razali

Setelah aku mengikuti drama Blogger Boy dia, aku telah tergerak hati ingin active dalam blog ni. Aku banyak mengikuti perkembangannya di Twitter. kihkihkih. Dia ni style habisss. Aku suka gaya dia, cara dia berkomunikasi, yang paling penting tu ha rambut dia, awesome doh, hahaha aku nak buat gaya rambut mcm dia boleh? memang taklah kan :P buah hati kepada Yuna ni memang cool doh! aku tak tahu mcm mana diorang boleh bercinta dalam jarak yang amat jauh Malaysia-US tu, aku ni pun yang bercinta jarak KL-Kajang pun mcm susah sikit. bro ajar sikit lah mcm mana nak bagi komitmen :D

Adam Gallagher

Kepada para gadis-gadis yang omey-omey belaka tipulah kalau korang tak kenal dia. hehe Dia ni? ermm aku tak berapa kenal sangat, Dia ni bagi aku inspirasi dlam fashion je. kahkahkah, aku tahu aku tak sekacak dia or sesiapa je yang bagi korang handsome tapi tak salahkan kalau aku nak bergaya juga :D Aku pun nak kelihatan menarik dan kemas. winkwink :P

The Typewriter :
Rudy Ramly

Ainan Tasneem (o.o)v

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Entri kali ini mengisahkan cerita tentang seorang gadis yang berbakat besar yang diberi nama Ainan Tasneem Binti Ridzuan. Dia yang akan berumur 19tahun pada 4 November ini amat popular di youtube, Dia ni lebih kurang mcm Najwa Latiff juga lah. Suaranya yang merdu boleh membuatkan semua jejaka jejaka di Malaysia ini jatuh hati padanya. termasuk aku sekali lah. hahahaha

ha ni lah Ainan Tasneem Binti Ridzuan. Ainan Tasneem ni baru saja berumur 19 tahun dan tinggal di Bukit Jalil. Kini dia sedang menyambung pelajarannya dalam bidang Bachelor of Engineering (Hons) in Bioprocess at Universiti Malaysia PerlisDia mula dikenali di Youtube seperti Najwa Latiff dan mempunyai single yang bertajuk Aku Suka Dia. Bagi aku semua cover yang dia buat memag best (Y)
okay dia ni mmg berbakat dalam bidang nyanyian dan bermain gitar tetapi dia ni tak berminat untuk menjadi artis bagi dia menyanyi hanya untuk mengisi masa lapangnya sahaja. Ramai yang membandingkan dia dengan Najwa Latiff tapi bagi aku mereka berdua mempunyai bakat masing-masing. okay itu saja yang aku tahu, if korang nak tahu dgn lebih lanjut pasal Ainan Tasneem and nak tengok video cover terbaru dia korang boleh pergi ke :-


Akhir sekali aku ingin berkongsi video 'Aku Suka Dia' dengan korang :D

The Typewriter :
Rudy Ramly

Jeritan Batinku

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

*not mine

hari ini hari ke-8 kita umat islam berpuasa pada tahun ini dan hari ini juga aku, kaki aku, tangan aku, mata aku, hidung aku, telinga aku, mulut aku, hati aku, diri aku, tubuh aku dan jasad aku terasa ingin saja menjerit, melalak, memekik, berteriak mengatakan aku sangat rindu, rindu pada si dia. aku tak dapat menahan semua itu tapi malangnya aku tak terdaya kerana aku lemah. arghh! aku teringin sangat menjerit sehingga dia yang nun jauh disana terdengar jeritan aku!

P/S : malam tadi buat kali pertamanya aku makan budu! Awesome!
The Typewriter :
Rudy Ramly

Tolonglah diam :(

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


Entri kali ini lain dari yang lain bagi aku, kerana buat kali pertamanya aku kongsikan sebuah sajak. Sebuah sajak karya Zahiril Adzim yang aku baca dalam buku Bogel Menuju Tuhan. Sajak ini aku tujukan khas buat Domo. siapa itu? tanda tanya terlintas disetiap kepala otak para pembaca yang baru saja mengikuti blog aku ini dan mungkin diantara kalian sudah tahu siapa itu Domo. okay buat yang taktahu, biar aku terangkan serba sedikit perihal tentang Domo, dia seorang gadis yang comel berumur belasan tahun yang pernah aku sayangi suatu ketika dulu, diulangi SUATU KETIKA DULU. Kini hubungan aku dengan dia tidak lebih dari kawan dan mungkin perasaan cinta dan sayang yang pernah terbentuk dalam hati kitorang masing-masing telah pun terhakis. okay cukup, aku berharap korang boleh hayati sajak dibawah ini :D

WOI, DIAM SAJALAH YA?(tajuk)

Woi, diamlah kau diri,
soal cinta jangan ditanya lagi, 
buat pedih kita sendiri!

Woi, diamlah kau mata, 
jangan lagi kau tengok dia, 
dia bukan lagi milik kita!

Woi, diamlah kau telinga,
jangan dengar namanya juga, 
kita juga akan merana!

Woi, diamlah kau mulut, 
jangan lagi disebut-sebut, 
memang dia seorang pembelot!

Woi, diamlah kau hidung, 
baunya saja buat kita termenung, 
kita juga akan meraung!

Woi, diamlah kau tangan, 
jangan terbayang jarinya yang ringan, 
itukan cuma kenangan!

Woi, diamlah kau kaki, 
jangan melangkah kesana lagi, 
kita tak mahu diseksa lagi!

Woi, diamlah kau hati, 
tenang sajalah seorang diri, 
sedang kau dizalimi!

Woi, diamlah diamlah diamlah, 
jangan meronta, 
jangan meraung, 
jangan termenung, 
jangan melalak, 
jangan teriak.

Woi, diamlah! 
aku mahu tidur, 
aku mahu makan, 
aku mahu kerja, 
aku mahu berjalan, 
tenang sajalah ya?

Woi, diamlah! 
aku mahu mandi, 
aku mahu telanjang,
aku mahu kencing, 
aku mahu berak.

Woi, diamlah! 
aku mahu berkarya, 
aku mahu membaca, 
aku mahu menonton, 
aku mahu berfikir.

Woi, diamlah diamlah diamlah!
Diamlah kaki,
Diamlah tangan,
Diamlah mata,
Diamlah hidung,
Diamlah telinga,
Diamlah mulut,
Diamlah hati,
Diamlah diri.

Woi, diamlah kau jiwa, 
jangan pernah putus asa, 
ini semua takda apa-apa, 
aku tahu ini kali kedua, 
tapi buat kita lebih dewasa, 
pedulikan dia yang tergila-gila, 
dia pun tak tahu dirinya siapa, 
untuk apa kita tunggu dia, 
dia bukan lagi kita punya!

Woi, 
Woi, 
Woi, diamlah...
tenang sajalah ya? 
yang lain pasti ada.  
Karya : Zahiril Adzim

bagi aku sajak ini cukup hebat! sekian sampai disini saja entri kali ini. ohh yaaa! sebelum tu, aku nak tambah sikit sajak ini :D baca dibawah ini.

Woi, diamlah kau jasad dan roh,
barang yang lepas jangan dikenang,
kini kau sudah mempunyai pengganti!

The Typewriter :
Rudy Ramly

Shooting Star

Pretty, if the sun won't shine, i'll be coming up to meet you and I'll be there to make you mine. 
Honey, if the rain will pour, i'll be knocking at your window I'll be begging you for more. 
It's as if you've come along too soon and I'm trying to fit you in but I can't seem to find the room. 
Cutie, if it all falls through, We can piece it back together and I can learn to trust you too.  
Baby, teach me wrong from right cos in life there are no answers and in life there is no right.
Pretty, if the sun won't shine, now you've come this far to meet me and I know, I know you're mine.
you're just, too good, to lose and I can't refuse, 
So don't make me choose between the two,
 I'm better in here in my atmosphere, 
Don't you know who you are you're my shooting star.

xoxo :
Rudy Ramly

Maafkan aku :(

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Maafkan aku, aku tak mampu jadi yang terbaik :(

sayang betul dia kat aku. Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam dan kemudian selang beberapa minit, dia msg aku, dia maafkan aku. kesalahan aku memang tak layak untuk terima maaf itu. masih adakah manusia yang baik macam ni?

aku yang selalu menjadi punca, akulah punca dalam setiap pergaduhan kita. Maaf sayang! Ego aku tinggi. Ye dah lama aku sedar tentang hal itu, aku cuba lontarkan sifat itu jauh ke laut tapi sukar. aku selalu sakitkan hati kau, tapi kau tetap sabar. kau buat hal aku melenting, bila aku buat hal, kau maafkan aku sambil tersenyum. aku tahu aku bukan yang terbaik untuk kau, 

aku,
diriku,
jasadku,
segala-galanya tentang aku,
kau terima dengan ikhlas,

kau masih bersabar dengan perangai aku. aku tak mampu nak berkata-kata, aku terkedu. maafkan aku!
setiap kemarahan yang terpancul, setiap herdik yang timbul, setiap garangnya kata, setiap bengisnya suara,
kau masih memaafkan tapi disini aku juga ingin meminta maaf. aku lakukan semua itu kerana aku sayang, aku kasih, aku cinta kepada kau.

percayalah, bukan kau yang tak sempurna, tetapi aku. aku yang kekurangan sini dan sana, kau cukup sifatnya dari mata aku, dari hati dan jiwa aku. aku angkat kau setinggi-tingginya, kau sempurna setiap  masa di mata aku.

aku tak mampu menulis lagu atau puisi cinta buat kau, aku tak mampu kerana kasih sayang kau kepada aku sangat hebat. kadang-kadang aku tenggelam dengan kata kata aku sendiri. tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan kasih kau itu. aku cuma mampu melihat dan menjerit didalam hati. aku menjerit sekuat hati, apa yang aku jerit kan, aku jerit kan "I LOVE YOU" setiap pagi. aku jeritkan perkataan itu khas buat kau. maafkan aku kerana selalu buat masalah.

"Ya Allah, kalau benar dia jodoh aku, akan aku lawan sebaik mungkin untuk mempertahankan hubungan ini" 


P/s : semenjak memiliki buku Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril Adzim tu, aku jadi jiwang sikit. LOL

Your Boyfie :
Rudy Ramly