'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hi semua, agak lama juga aku tak post entri baru, tiba-tiba hari ini terbuka hati nak post entri baru itu pun selepas baca tweet Kak AidaSue. :) so this entri semuanya dari tweet dia aku cuma menyebarkannya melalui pentas blog ini. so jemput membaca.

Ini tweet tribute dari AidaSue untuk ibu, mama, umi, bonda, mak. Semoga semua ibu di dunia ini dapat merasai kasih sayang anak mereka.

    Ibu mengandungkan kita, masa dia masih muda. Berbekal duit yang tak seberapa, cuba memenuhi keperluan kita. Yang ada didalam rahimnya. Ibu mengalirkan airmata tatkala dia bertarung nyawa melahirkan kita. Ya kita semua yang mendapat peluang bernafas dan hidup. Penat ibu berpantang lepas melahirkan kita. Masa itu nenek, ayah jaga ibu. Sambil kita menangis siang malam, minta dodoi. Kita menangis tanpa peduli tapi ibu tetap juga jaga dengan penuh kasih sayang dihati. Diberi susu, dimandikan, didodoikan.

    Gembira betul kita bila boleh merangkak & berjalan kesana kemari. Ibu penat tapi senyum lihat kita, bayinya yang sihat & ligatBila kita sakit, tergopoh-gopoh ibu bawa ke klinik. Risau benar dia. Tak tidur malam jaga kita, sampai kita sihat & ligat kembali. 

    Dah mula sekolah. Masa ini rasa dunia asing sangat. Menangis minta ibu temankan di minggu pertama sekolah. Tak mahu berenggang. Kita dah mula ada kawan baru. Dah pandai minta ibu itu ini tanpa peduli. Ibu susah hati, tapi cuba juga dia penuhi untuk anak yang dikasihi. 

      Ibu ayah mengira duit. Bayar rumah, kereta, bil api air, makan, yuran sekolah, pakaian anak dikasihi. Ditambah kita yang suka minta itu ini. Ibu kata belajar kelak jadi orang pandai, dihormati. Kita pula dalam hati "ah, malaslah buat apa, ibu kan ada, main lagi best" Keputusan periksa teruk dan teruk juga dimarah, dileteri ibu. Kita merajuk tutup pintu. Terus cakap "ibu dan tak sayang aku". 

    Dah masuk sekolah menengah, dah pandai nak bercinta. Ikut nafsu suka. Ibu susah hati. Takut anaknya jadi apa-apa, takut terabai belajarnya. Ibu larang sebab ibu takut anaknya hilang teruna/dara sebab cinta yang belum tahu ikhlasnya. Anak yang ditatang hilang harganya. Anaknya dah pandai merokok, ponteng, meniru. Ibu dapat tahu, ibu menangis. "Mana silapku Tuhan. Tunjukkan". Hampa, kecewa. Ibu menangis ditikar sembahyang dan berdoa. Minta diberi petunjukNya. Agar anak kesayangannya menjadi insan berguna. 

     Dah mula bekerja, seronok kita dapat pegang duit sendiri. Tinggal sendiri. Jauh dari ibu. Bebas, itu yang kita impi. Mula-mula telefon ibu hari-hari. Bertukar ke seminggu sekali. Lama-lama sebulan sekali. "Tak apalah," kata ibu. "Sibuk barangkali". Si ibu makin tua, tatkala kita sibuk menjadi dewasa kejar cita-cita. Ibu merungut juga, takut anaknya lupa dia. Tapi dalam hati saja. 

    Ibu tak minta banyak. Dia tak pernah minta kita bayar balik segala keringat, masa, wang untuk besarkan kita. Dia cuma mahu perhatian. Ibu telefon minta duit. Tambah duit simpanan haji. "Tak banyak duit, ibu". Hulur seratus dua. Tapi ada pula duit shopping dengan kawan. Haih Kamu ingat masa kamu minta ibu, ayah belikan laptop, handphone masa belajar? Ada pernah fikir bagaimana susah mereka cari duit? "Tak dapat bantu ibu pun tak apa. Janji kamu berjaya dan tak menyusahkan orang bila ibu dah tiada", kata ibu. Ibu senyum puas. 

      Mungkin cara ibu tunjukkan kasih sayang berbeza-beza. Jangan dibanding dengan yang lain. Yang pasti kasih ibu sampai ke syurga. Realiti biarpun pahit. Satu hari ibu akan kembali pada Tuhan. Disemadi di liang lahad. Masa tu tak dapat peluk cium, lihat senyuman ibu. Bagi yang masih sempat peluk, cium, salam, pegang wajah ibu, gunakan masa yang ada sebaiknya. Jangan sampai terlambat, menyesal. Bagi seorang ibu, biarpun kita dah dewasa, kita ini tetap 'bayi'nya. Seperti belasan, puluhan tahun dulu. Bayi kesayangan dia.

    Jangan malu kata "saya cintakan ibu, sayang ibu". Seperti mana dia yang tak pernah malu meluahkan rasa sayang sejak dia melahirkan kita. Kalau malu mahu cakap kamu sayang ibu, sms saja sudah cukup. Wang ringgit tak sama dengan nilai kasih seorang anak. Percayalah. Terima kasih ibu, sebab besarkan kami semua. InsyaAllah, semoga benar-benar kasih kita dipanjangkan sampai ke Jannah jua. 

   Terima kasih ayah, sebab bantu ibu besarkan kami. Semoga kita satu keluarga dapat berjumpa di syurga akhirnya. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku cintakan ibu dan ayah. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku menyesal pernah menyusahkan ibu dan ayah. Aku tak rasa aku dah berjaya sepenuhnya macam ibu mahu. Cuma aku harap ibu dapat menarik nafas lega dan berbangga denganku.


Sekian saja,.Simple thoughts about ibu from AidaSue. Thank you for reading Spread love. =) Hugs.
Follow Aida Sue on twitter = @AidaSue and follow me to @RudyRamly

The Typewriter:
Rudy Ramly