'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Cinta Monyet

Assalammualikum dan Salam 1 Malaysia

Ini adalah cerpen tentang cinta yang tiada kaitan dengan yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal


Hayatilah kisah cinta remaja ini,
kisah gadis remaja idamannya sewaktu zaman remaja, jalan ceritanya semanis cinta manusia biasa, namun akhirnya cinta ini terus berputik seperti bunga mawar, orang tua pernah berkata "cinta lahir dari perasan benci". Seperti cinta monyet biasa kisah cinta ini tak berkekalan selamanya, kisah cinta ini sekadar di waktu remaja.

Kisahnya bermula, mentari cerah memancar di ufuk timur, ditemani alunan kicau burung, kisah indah ini kisah di zaman persekolahan. Di sana(sekolah) Haikal ternampak sekumpulan gadis remaja yang sangat cantik dan ayu mungkin kumpulan gadis popular di sekolah, di atas koridor tingkat 3 blok B pula Haikal ternampak sekumpulan gangster.

Hari pertama di sekolah baru, seperti biasa hari suai kenal, hari orientasi orang kata, seorang demi seorang memperkenalkan diri, terdapat ramai gadis manis, comel, cantik seperti bidadari di dalam kelas Haikal, sekumpulan gadis cantik yang dilihat Haikal tadi juga ada di kelasnya, dia berasa seperti berada di syurga, sekumpulan dewi cantik sedang beratur di dalam kelas. Matanya terlekat pada seorang gadis bernama Syamimi, rakan-rakannya memanggilnya Mimi. Orang cakap ramai jejaka di sekolah bergaduh merebutkan dia, dengan mengetahui tentang itu, Haikal terus membuang harapan untuk mendekati Mimi, katanya taknak jadi mangsa pukul sebab seorang gadis.

Pada suatu hari, Haikal dikejutkan dengan cerita yang telah tersebar, dikhabarkan si Mimi terpikat padanya dan mahu Haikal menjadi kekasih hatinya, di sebabkan cerita itu, si Haikal pun inginkan kepastian tentang kesasihan cerita itu, dia pun pergi bertanya kepada rakan sekelasnya yang duduk dibelakangnya iaitu Aimi, Aimi berkata jangan terus percaya dengan si Mimi kerana Mimi cuma hendak menunjukkan kepada rakan-rakannya yang dia mampu memikat semua jejaka.

Setelah menyelidik tentang kesasihan cerita itu, dia pun dapat tahu cerita sebenar, memang sah yang Mimi telah dicabar oleh rakan-rakannya, cabarannya ialah kalau Mimi dapat si Haikal dalam masa seminggu dia akan mendapat habuan dari rakan-rakannya dan kalau kalah Mimi terpaksa belanja rakan-rakannya makan.

Keesokkan harinya, Mimi sudah memulakan strateginya. dia cuma ada masa dalam 5 hari. Mimi cuba dekati Haikal, duduk di sebelah Haikal dan meminta Haikal menuliskan sesuatu untuk di letakkan di dalam majalah sekolah. Haikal bersetuju sambil memberi muka yang sangat selamba, dan berjanji akan menghantarnya kalau sudah siap.

KRINGGGGG~ *Loceng berbunyi menandakan waktu balik*


Haikal beredar meninggalkan Mimi dibelakang, Mimi kelihatan sangat kecewa. 

Hari demi hari, Mimi mencuba dan terus mencuba mendekati Haikal, tinggal satu hari saja lagi, godaan Mimi tidak juga di layan oleh Haikal, Mimi berputus asa lantas menujukkan muka bosan. Mimi memberitahu Haikal  yang dia tak pernah berjumpa dengan orang sepertinya, sombong mengada-ngada jual mahal. Dan pada masa itu juga Haikal memberikan kerta yang tertulis sesuatu di meja Mimi, ianya puisi tentang cinta, di atas kertas itu tertulis bahawa Haikal tahu akan niat sebenar Mimi, namun dia tetap meluahkan perasaan sebenarnya pada Mimi, pada waktu itu Mimi mula sedar dan memohon maaf pada Haikal, dan dia mengaku dalam mainannya dia sebenarnya telah jatuh cinta pada Haikal, dia takut untuk mengakuinya kerana egonya yang terlalu tinggi. tapi Haikal tidak kisah dan terus memberitahu Mimi yang berlalu biar berlalu.

Cinta mereka mula bersemi, perasan cinta di semai setiap hari. Ramai yang tidak percaya, Mimi telah berubah. Perubah dari gadis cantik dan popular dalam sekolah. Mimi menyerahkan cinta sejatinya hanya pada Haikal, pada masa yang sama ramai yang membenci dan cemburu. Ada seorang budak memberitahu kepada cikgu disiplin yang mereka berdua-duan di tempat sunyi, tanpa soal selidik mereka terus di buang sekolah dan tidak pernah berjumpa lagi.

Nantikan sambungannya.....
The Typewriter:
Rudy Ramly