'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Adakah aku yang terlampau emosi?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Adakah aku yang terlampau emosi? adakah aku yang terlampau sayang kan kau? adakah aku yang terlampau kuat cemburu? adakah aku saja yang rasa rindu? adakah aku yang terlampau bodoh? 

Bila aku rindu aku stalk profile kau, aku tatap gambar kau, aku imbas kembali saat saat indah bersama aku. tapi kenapa aku masih tak puas dengan layanan yang kau beri? aku cuma perlukan kasih sayang dari kau, aku tak perlukan perkara lain. Aku terlampau amat sangat mencintai kau, adakah perasaan kau terhadap aku sama seperti apa yang aku rasakan?

Ye! betul kawan lagi penting dari BF/GF tapi bila kau buat dia BF/GF kau macam tunggul, tak ke sedih diorang?aku. Aku juga ingin dikasihi. Serious aku jealous bila kau mesra dengan orang lain. Kata kau, diorang cuma kawan tapi aku rasa layanan kau terhadap diorang sama je seperti layanan kau terhadap aku. Aku tak inginkan layanan seperti raja atau layanan seperti suami, aku cuma ingin dilayan seperti seorang kekasih yang amat dicintai.

Kenapa semua ini terjadi? pernah kah kau faham perasaan aku? kau kata kau taknak sakiti hati aku, kau kata sayang kau pada aku kurang. kau tahu sayang aku tak pernah kurang walau sekecil kuman pun, rindu aku tak pernah kurang walau sekecil kuman pun. Aku tak inginkan wanita lain, aku cuma inginkan kau. Diulangi hanya kau!

Aku cuba pertahankan hubungan ini, aku cuba kembalikan rasa sayang kau terhadap aku, tolong bukan ini yang aku inginkan dalam hubungan ini, Maaf jika aku tak bisa membuat kau bahagia, bukan aku tak cuba, aku dah cuba sehabis baik yang mungkin.

Tolong jangan kau ucapkan sekali lagi kata-kata yang pernah kau ucapkan sebelum ini, aku tak ingin dengarkan nya, aku tak ingin mendengarkannya buat kali kedua, tolong!

Aku tak rela hidup tanpa kau, bila aku kata cinta pada kau, aku betul maksudkan nya, pernah kah kau fikir apa bagaimana hidup aku nanti tanpa kau? tolong jangan kau ucapkan kata-kata yang pernah kau ucapkan dulu, aku tak mahu kehilangan kau lagi. jangan pernah kau cuba lambaikan tangan tanda selamat tinggal pada aku. aku tak mampu untuk melihatnya, aku tak mampu untuk membalasnya, jika kau ucapkan kata-kata itu, jika kau lambai kan tangan tanda selamat tinggal, aku cuma mampu membalasnya dengan linangan airmata. 

P/s : mood jiwang aku menjadi-jadi :(
18 September 2011
1 :32 a.m
mengengam telefon bimbit menanti sms darinya.

The Typewriter :
Rudy Ramly