'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Kosong

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kini,
jari jemari ku kembali giat menari di atas papan kekunci,
aku gembira, sangat gembira tapi itu cuma luarannya saja, didalam aku rasa kosong, 
kosong seperti sebuah cawan yang baru dihasilkan dari kilang, 
kosong seperti sebuah buku baru yang belum diconteng.

Kini,
Hati aku terasa kosong selepas ditinggalkan si dia,
kosong, kosong, kosong,
bila agaknya kekosongan ini akan di isi dengan cinta dan kasih sayang seperti dulu.
bila agaknya akan ada seorang puteri yang mampu mengisi kekosongan hati aku ini.

Kini,
Hidup aku rasa kosong, hidup aku rasa sayu tapi,
nasib aku baik kerana aku masih ada keluarga dan sahabat yang mampu membuat aku ceria,
nasib aku baik kerana hati aku tidak kosong sepenuhnya kerana Pencipta aku masih ada walaupun aku bukan hambaNya yang mukmin.

Alhamdulillah, kekosongan hati aku ini tidak mampu mematahkan semangat aku,
Alhamdulillah, kekosongan hati aku ini tidak mampu memesongkan akidah aku,
Alhamdulillah, iman aku masih teguh,
Alhamdulillah, kerana masih ada yang sayangkan aku.

Kini,
Kehidupan aku perlahan-lahan pulih seperti sedia kala,
Aku mampu menerima kenyataan,
Aku semakin matang,
Aku mampu bangun sendiri bila terjatuh.

Selama ini aku menyepikan diri bukan kerana aku takut,
Aku menyepikan diri,
kerana aku ingin memperbaiki kelemahan diri,
kerana aku ingin memahami kehidupan ini,
kerana aku ingin menjadi insan yang baru,

Jasad ku, roh ku, semakin hari semakin mampu menyesuaikan diri.
semakin bijak membawa diri.
Usah risau, nama aku masih Rudy Ramly,
bentuk tubuh badan ku masih seperti yang dulu.

Apa yang beza aku sekarang dan aku yang dulu?
bezanya cuma,
aku semakin matang,
aku tahu apa tujuan aku hidup,
aku lebih suka perfikiran positif.
aku yang sekarang lebih maju dari aku yang dulu.
Aku berharap kalian akan senang dengan aku yang baru :)

P/s : sebenarnya tak banyak pun beza aku yang dulu dengan aku yang sekarang.
The Typewriter :
Rudy Ramly




No comments:

Post a Comment