'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Maafkan aku :(

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Maafkan aku, aku tak mampu jadi yang terbaik :(

sayang betul dia kat aku. Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam dan kemudian selang beberapa minit, dia msg aku, dia maafkan aku. kesalahan aku memang tak layak untuk terima maaf itu. masih adakah manusia yang baik macam ni?

aku yang selalu menjadi punca, akulah punca dalam setiap pergaduhan kita. Maaf sayang! Ego aku tinggi. Ye dah lama aku sedar tentang hal itu, aku cuba lontarkan sifat itu jauh ke laut tapi sukar. aku selalu sakitkan hati kau, tapi kau tetap sabar. kau buat hal aku melenting, bila aku buat hal, kau maafkan aku sambil tersenyum. aku tahu aku bukan yang terbaik untuk kau, 

aku,
diriku,
jasadku,
segala-galanya tentang aku,
kau terima dengan ikhlas,

kau masih bersabar dengan perangai aku. aku tak mampu nak berkata-kata, aku terkedu. maafkan aku!
setiap kemarahan yang terpancul, setiap herdik yang timbul, setiap garangnya kata, setiap bengisnya suara,
kau masih memaafkan tapi disini aku juga ingin meminta maaf. aku lakukan semua itu kerana aku sayang, aku kasih, aku cinta kepada kau.

percayalah, bukan kau yang tak sempurna, tetapi aku. aku yang kekurangan sini dan sana, kau cukup sifatnya dari mata aku, dari hati dan jiwa aku. aku angkat kau setinggi-tingginya, kau sempurna setiap  masa di mata aku.

aku tak mampu menulis lagu atau puisi cinta buat kau, aku tak mampu kerana kasih sayang kau kepada aku sangat hebat. kadang-kadang aku tenggelam dengan kata kata aku sendiri. tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan kasih kau itu. aku cuma mampu melihat dan menjerit didalam hati. aku menjerit sekuat hati, apa yang aku jerit kan, aku jerit kan "I LOVE YOU" setiap pagi. aku jeritkan perkataan itu khas buat kau. maafkan aku kerana selalu buat masalah.

"Ya Allah, kalau benar dia jodoh aku, akan aku lawan sebaik mungkin untuk mempertahankan hubungan ini" 


P/s : semenjak memiliki buku Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril Adzim tu, aku jadi jiwang sikit. LOL

Your Boyfie :
Rudy Ramly

No comments:

Post a Comment