'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Nekad Muktamad

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Seorang teman duduk betul-betul dihadapan aku, sedang berbual di telefon dengan buah hatinya.

"You serious ke?" berkali-kali perkataan itu terpancul keluar dari bibirnya. Ingin saja aku menanyakan mengapa? apa terjadi? tetapi aku tidak berani. Setelah dia habis berbual di telefon dengan buah hatinya. Dia terduduk, terpaku, kepalanya tunduk. Tapak tangannya mengenggam erat telefon bimbitnya, kedua-dua telapak tangannya, terlekat jari jemarinya seperti digam.

Dengan wajah yang dahsyat, kusutnya, tak terurusnya, hampa, kecewa, punah, hancur, dia mula menceritakan detik-detik perit yang sedang dilaluinya. Hatinya sedang hancur, yang tak terbayangkan. Dari riak wajahnya yang jujur, aku seolah-olah dapat merasakan kehancuran jiwanya. Yang tak terbangkit lagi.

Setiap kata yang terpancul dari bibirnya, dibaluti nada suara yang sebak, yang tak terkeluar, pekat. Bertungkus lumus dia mencuba untuk memisahkan suaranya tanpa emosi. tapi gagal. Dia cuba menahan lelehan air mata yang pantas mengalir tanpa niat.

Aku jadi lemah memerhatikannya. Lembik lutut. Tapi aku kuatkan hati, demi untuk membantunya.

Katanya, setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap waktu dia terbayangkan kisah-kisah indah bersama dengan buah hatinya itu. Dan hari ini, tanggal 4th September 2011 tepat 1.00a.m, terlalu senang, mudah, kacang buah hatinya pergi meninggalkannya. Yang memulakan saat kehancuran dalam hidup dia. Teman aku ini, dulunya sudah berjanji akan menjaga buah hatinya sehabis baik.

Itulah kuasa cinta, apa saja boleh terjadi. Cinta adalah satu perasaan yang sangat kuat, cinta mampu menjatuhkan mana-mana lelaki sekali pun.

Sebak sungguh aku mendengar ceritanya. Dan tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil, aku toleh kebelakang kerana aku kenal suara yang memanggil. Itu suara seseorang yang aku sayang atau lebih tepat yang pernah aku sayang. Bila aku toleh, orang itu tiada, bahkan tiada sesiapa pun dibelakang aku.

Kemudian aku toleh ke depan semula dan aku dapati lelaki yang sedang menangis keperitan di hadapan aku tadi ialah..........

AKU!

Aku terus terhampar, terdampar, terlentang ditengah petak ruang tilam yang empuk, bernama katil. Melangit kebentuk-bentul siling. Membeliak bola mata aku sambil air mata mengalir laju, keadaan menjadi sunyi. Aku merenung, "Apa salah aku, ini kali yang ke-3 berturut-turut aku ditinggalkan". Kini perlahan-lahan aku merelakan kenyataan.

Aku berharap kau mampu menjaga diri kau bila aku tiada di sisi kau. Jujur aku akui perasaan sayang itu masih ada dihati aku. Selamat Tinggal Pelengkap Rusuk Kiri Aku. :'>


P/s : Siapa cakap lelaki tidak boleh menitiskan air mata? lelaki juga mempunyai perasaan!
The Typewriter :
Rudy Ramly

1 comment: