'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

AIR MATA ANAK ADAM

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Korang pernah tengok anak adam mengalirkan air mata tak? sebenarnya susah untuk kaum adam mengalirkan air matanya, tak macho rasanya jika melihat air mata kaum adam mengalir.

Tapi kini air mata aku mengalir deras seperti air di sungai kelang, air mata aku mengalir bersebab, air mata aku mengalir kerana  3 sebab.

Pertama, air mata aku megalir kerana aku terdengar takbir raya, tiap kali aku terdengar takbir raya, secara automatiknya air mata aku mengalir, hati aku rasa tenang, aku tak tahu kenapa. mungkin korang semua pun rasa apa yang aku rasa betul tak?

Kedua, air mata aku mengalir kerana aku rasa aku telah melukakan hati seseorang yang pernah aku sayang, semuanya kerana entri aku yang sebelum ini. maafkan saya, saya tak ada niat nak lukakanhati awak, dulu awak yang cakap, awak dah tak sayang saya tapi kenapa sekarang awak seperti inginkan kita bersama kembali seperti dulu, kenapa awak? takpa, awak focuslah dekat pelajaran awak,lagi 9 hari je nak SPM, good luck tau awak, saya tahu awak boleh (Y) maafkan saya sekali lagi sebab dah lukakan hati awak, saya takda niat :)

Ketiga, ini sebab yang terakhir kenapa air mata aku mengalir, aku rasa seperti hati aku kena tikam dengan benda yang paling tajam kat dunia ni, aku rasa macam erghh.. hanya tuhan je tahu macam mana perasaan aku, sebab ketiga ni berkaitan juga dengan entri aku yang sebelum ini. kepada orang yang telah lukakan hati aku ni, aku hanya mampu kata, semoga bahagia dan terima kasih untuk segala-galanya :) halalkan makan minum aku.

Sepatutnya aku gembira sebab esok raya tapi sekarang mood ray pun sudah terbang pergi tinggalkan aku, walaupun mood raya aku dah terbang tinggi kelangit meninggalkan aku, aku tetap ingin ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua yang baca blog aku ni :)


The Typewriter :
Rudy Ramly

No comments:

Post a Comment