'

About

ownerAssalamualaikum and Salam 1 Malaysia. Thanks for wasting your time in front of your monitor just to read my blog. enjoy readingowner

owner angel Photobucket
Hello People
feel free to click above if you want to know more.
No ripping, spamming or any type of bullshit.
Awesome People

Generasi Patah Hati

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Gelak tawa dia adalah tangisan kau,
semua tingkah laku dia adalah derita kau,
kebodohan ini harus segera diakhiri,
sebelum aku benar-benar mati,
mati kerana kau yang selalu patah hati.

Kau generasi yang patah hati,
kau lahir dengan keadaan dunia yang seperti ini,
dunia yang maju tetapi kejam.
kau generasi yang patah hati.

Kau harus belajar senyum sebelum membunuh,
sebelum membunuh rasa takut aku,
aku takut,
aku takut aku tidak tahan melihat kau meroyan 24/7.

Kebodohan ini harus segera di akhiri,
sebelum aku benar-benar mati,
mati kerana royanan kau setiap hari,
royanan kau mampu membuatkan aku mati,
mati kebosanan.

Kau meroyan siang dan malam,
kau tidak tahu erti penat,
aku tidak tahu apa yang kau dapat dengan meroyan,
orang yang engkau royankan sedang gembira disamping teman yang baru.

Kau generasi yang patah hati,
meroyan setiap hari,
tidak kira malam atau pagi,
engkau patut berhenti.

Kau harus bersedia untuk melupakan mimpi ego muda kau,
kau harus bersedia untuk melupakan semuanya,
kau harus bersedia untuk patah hati,
ditinggalkan,
dikecewakan,
kau harus bersedia sebelum bercinta.


Kau generasi yang patah hati,
kau lahir dengan keadaan dunia yang seperti ini,
dunia yang maju tetapi kejam.
kau generasi yang patah hati.

Kau generasi yang patah hati,
meroyan tanpa henti,
tidak kira malam atau pagi,
kau harus berhenti.

The Typewriter:
RudyRamly

No comments:

Post a Comment